Lagi sebulan lebih untuk para pelajar menikmati cuti akhir tahun yang panjang dan boring. Cuti adik-adik mahupun anak-anak anda akan boring jika asyik duk rumah je.
Apa kata bawak mereka bercuti dan meluangkan masa sehari dua atau seminggu bersama-sama sambil melakukan aktiviti yang menyeronokan dan berfaedah. Min House Camp menyediakan pelbagai aktiviti untuk semua golongan umur dari 7tahun ke 50tahun ke atas, malah terdapat bilik penginapan untuk seisi keluarga dengan serendah Rm 120/ per malam.
Syokkan…..sambil menginap dapat melakukan aktiviti bersama-sama.
Aktiviti di Min House Camp semuanya mesra alam dan semakin banyak aktiviti yang dilakukan semakin murah harganya. Antara aktiviti yang selalu menjadi rebutan para pengunjung adalah mengenali habitat kelulut dan madunya serta berkayak.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kemudahan yang boleh digunakan seperti tandas, tempat makan yang luas, tapak BBQ, kayak dan sebagainya.