Meluangkan masa bersama keluarga adalah antara salah satu cara untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Mungkin sebelum ini, masing-masing sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersama keluarga tercinta. So, apa kata pada cuti yang akan datang ramai-ramai datang ke Min House Camp yang berada di Kubang Kerian, Kelantan.
Min House Camp menyediakan bilik penginapan yang berpatutan dengan ekonomi sekarang iaitu serendah RM 120/ per malam. Di samping terdapat pelbagai aktiviti yang 100 % mesra alam seperti berkayak, mengenali lebah kelulut dan madu serta yang paling popular di sini ialah mencari lokan dan lain-lain.
Mencari lokan bersama keluarga akan mendatangkan pengalaman yang manis dan indah dalam diri masing- masing. Aktiviti ini nampak je mudah tetapi ia amat mencabar dan seronok dilakukan dalam kumpulan yang ramai berbanding dilakukan seorang diri.
Malah, aktiviti ini akan menguji kesabaran kita, ketelitian tetapi mendatangkan keseronokan bermain lumpuh bersama-sama. Aktiviti ini boleh dilakukan dengan RM 10/ per pax dan boleh mengumpul sebanyak mana lokan yang dijumpai. Selain itu, lokan yang dikumpul boleh dijadikan lauk untuk BBQ di malam hari.
Aktiviti ini boleh dilakukan bersama aktiviti lain seperti lawati kebun, menanam pokok organik, mengenali lebah kelulut dan membuat yoyo tradisional. Semakin banyak aktiviti yang dilakukan, semakin murah harganya.