Setiap tahun mahupun bulan akan ada sukarelawan yang datang ke Kubang Kerian, Kelantan untuk melakukan kerja amal di samping mengenali budaya masyarakat setempat. Salah satu tempat yang menjadi tumpuan di Kubang Kerian ialah Min House Camp.
Min House Camp dibangunkan di kawasan kampung agar dapat mengekalkan kehijauan alam semula jadi. Oleh itu, Min House Camp mendapat anugerah ASEAN Green Hotel Standard 2018 � 2020 dan ASEAN Community Based Tourism Standard 2019 � 2021. Di samping menyediakan tempat penginapan yang murah, terdapat juga pelbagai aktiviti mesra alam yang dilakukan seperti lebah kelulut, berkayak, melihat kelip-kelip dan sebagainya.
Selain itu, Min House Camp turut menjalinkan hubungan dengan masyarakat setempat supaya dapat mempromosikan budaya dan adat tempatan kepada para sukarelawan dan pengunjung. Oleh itu, terdapat aktiviti melawat kampung dan Night Tour khusus untuk orang luar yang ingin melihat kawasan kampung sambil mengenali masyarakat tempatan.
Bukan itu sahaja, terdapat juga kemudahan yang boleh digunakan seperti tandas, tempat makan yang luas, tapak BBQ, kayak dan sebagainya.