Tag: kebun organik di kelantan

  • 8 Aktiviti Menarik Kota Bharu � Min House Camp (Part 2)

    8 Aktiviti Menarik Kota Bharu � Min House Camp (Part 2)

    Hi semua,

    Seperti yang dijanjikan saya akan sambung lagi 4 aktiviti best yang boleh dilakukan di Min House Camp, Kubang Kerian, Kota Bharu. Harga adalah Rm10/pax untuk setiap aktiviti tetapi bersempena dengan PKPP (sehingga 31/8/2020) kami menawarkan harga promosi Rm5/pax untuk setiap aktiviti. Wow kan? Jom!

    Melihat kelip-kelip

    Dekat Kelantan pun ada tau tempat untuk melihat kelip-kelip. Aktiviti kelip-kelip adalah popular di Min House Camp dalam kalangan pengunjung dalam dan luar negara. Kelip-kelip yang terdapat di sini adalah dari spesis yang berbeza dengan yang terdapat di Kampung Kuantan, Selangor. Spesis yang terdapat di sini SungaI Pengkalan Datu, Min House Camp berkelip dengan rentak yang sama. Rasa macam tengok pokok Krismas tau! Pengunjung akan diiringi oleh guide yang akan memberikan penerangan serba sedikit mengenai kelip-kelip. Contohnya habitat kelip-kelip, kitaran hidup dan perbezaan mengenai kunang-kunang dan kelip-kelip. Tahu tak apa perbezaan kunang-kunang dan kelip-kelip? Jom datang sini dan dapatkan jawapan. Hehe.

    Pengunjung dari luar negara yang datang untuk melihat kelip-kelip

    Trip kelip-kelip di Min House Camp akan bermula jam 8 malam dan anggaran masa setiap trip adalah 40 minit. Pengunjung dinasihati untuk datang sebelum jam 8.30 malam kerana semakin lambat, jumlah kelip-kelip semakin berkurangan.

    Tips untuk melihat kelip-kelip:

    • Bulan tidak mengambang / tidak cerah
    • Bukan musim tengkujuh
    • Tidah hujan atau berangin kuat pada malam itu

    Membuat kuih tradisional (onde-onde)

    Min House Camp menyediakan kelas memasak kuih onde-onde. Dalam proses membuat kuih buah melaka atau dikenali sebagai kuih onde-onde oleh masyarakat Kelantan ni, pengunjung akan diajar menggunakan peralatan tradisional seperti pengisar beras dan kukur kelapa atau kukur nyior. Kami menyediakan guide yang akan menjadi memberikan tunjuk ajar dan dari awal hingga akhir, dari mengisar beras ke menguli tepung ke kukur kelapa sampai siap kuih onde-onde yang sedap. Kalau follow steps yang kami ajar mesti menjadi!

    Belaja cara-cara kukur kelapa menggunakan kukur nyior ni

    Kami menggunakan daun pandan sebagai pewarna hijau onde-onde. Blend dan tapis. Kami tidak menggunakan pewarna sintetik kerana rasa kurang umph! Tidak kena dengan prinsip kami yang mahu menggunakan bahan-bahan natural sebanyak mungkin.

    kukur lagi! Siapa cepat memang!

    Aktiviti ini amat sesuai dijadikan sebagai aktiviti berkumpulan dan keluarga. Makin ramai, makin meriah!

    Kebun Organik & Aquaponik

    Min House Camp mempunyai 2 Kebun organik. Satu menggunakan teknik Permaculture dan satu lagi menggunakan Teknik No-Dig Garden. Saya akan membuat entry khas untuk explain kedua-dua cara ini. Tunggu ya. Kami tidak menggunakan sebarang bahan kimia dalam membaja atau menghalau serangga perosak. Semua buat menggunakan bahan-bahan semula jadi. Menarik kan? hasil dari kebun di Min House Camp inilah yang akan dihidangkan kepada tetamu kami. Kami kongsikan apa yang ada kepada yang hadir ke Min House Camp. Malah, tetamu kami mempunyai pilihan untuk memetik sendiri ulam-ulaman atau kami yang tolong petikkan. Boleh petik yang mana berkenan di hati.

    Hasil dari kebun organik kami adalah untuk tetamu kami

    Selain kebun organik, kami turut mempunyai sudut Aquaponik. Sebab? Kak yah dan suaminya memang minat berkebun dan menanam. Tanam je jadi. Campak je tumbuh. Aquaponik adalah satu gabungan antara hidroponik dan aquakultur. Atas ada sayur, bawah ada ikan. Ikan memberi baja kepada sayur dan sayur merawat air supaya air yang bersih akan kembali kepada ikan. Dapat 2 in 1 iaitu ikan dan sayuran. Sayuran di sistem aquaponik ni amatlah subur sampai kami memang tak dapat habiskan sendiri.

    Ni masa baru sayuran aquaponik ni nak tumbuh

    Ni selepas, merimbun kan? Sayur pun sihat!

    Kraftangan tradisional (biji beluru)

    Kraftangan yang akan dihasilkan di Min House Camp oleh pengunjung kami adalah daripada biji beluru. Pokok Beluru yang terdapat di sini adalah berusia lebih 100 tahun! Kraftangan yang dihasilkan akan dapat dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Dalam penghasilan kraftangan ini, skil motor halus dan kasar diperlukan dan oleh sebab itu kami amat menggalakkan kanak-kanak untuk join aktiviti ini ?

    Orang dewasa pun boleh juga. Amat dialu-alukan.

    Lepas siap boleh bawa balik

    Kalau nak tahu, orang-orang dulu menggunakan kayu daripada pokok ni untuk menghasilkan sabun tau. Kak Yah kata kalau nak hari raya atau pergi kenduri beliau akan mandi dengan menggunakan sabun daripada kulit kayu Pokok Beluru.

     

    Kesemua aktiviti yang saya terangkan di atas boleh dilakukan pada setiap hari mengikut keadaan cuaca. Marilah berkunjung ke Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan untuk melakukan aktiviti-aktiviti untuk mengisi masa dan beriadah. Untuk melihat 4 aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Min House Camp, Kubang Kerian boleh klik sini Sebarang pertanyaan atau nak booking aktiviti boleh hubungi kami di 0139225440. Jom!

  • KEBUN ORGANIK DI KELANTAN

    KEBUN ORGANIK DI KELANTAN

    [vc_row][vc_column][vc_column_text css_animation=”slideInDown”]

    Kebun organik ??????? ehhh��. kebun ???? organik?????? mcm pernah dengar kan�meh kawe terangkan��..

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”bounceInLeft”]

    Kebun dari segi bahasa mesti korang dah tau kan, iaitu tanaman pokok-pokok kecil dalam suatu kawasan yang disediakan kalau pokok-pokok besar tu ladang namanya. Organik pula bermaksud dari tanah. Ringkasnya kebun organik membawa maksud asli,semula jadi, tidak tercemar dan sifat-sifat semulajadi produk pertanian yang boleh selamat digunakan setiap hari serta bebas penggunaan racun kimia dan serangga.

    [/vc_column_text][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:3|h_tablet:4|v_tablet:3|phone:2″ loading_effect=”scale_up” image_sizing=”resize” resized_image_dimensions=”5×3″ image_border_radius=”0px” project_icon_border_width=”0px” include=”1103,1104,1716″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_row_inner][vc_column_inner][vc_column_text css_animation=”bounceInRight”]

    Di Min House Camp(MHC) je yang ada kebun organik berhampiran bilik penginapan�..sambil menginap tu boleh lah melihat keindahan alam semula jadi lepas bangun dari tidur�..malah para pengunjung juga boleh memcuba dan belajar menanam pokok organik ni���� perhhhhhhh bestnya��.jarang lah ada aktiviti begini di tempat penginapan��..

    [/vc_column_text][/vc_column_inner][/vc_row_inner][vc_column_text css_animation=”bounceInUp”]

    Nak cari kebun organik kat Malaysia yang makmur ni memang susah sebab jarang lah ada rakyat Malaysia yang rajin usahakan tanaman organik di era globalisasi ni�..lagi-lagi dengan wujud baja kimia yang membolehkan tanaman untuk cepat membesar���

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”appear”]Secara ilmiah, baja kimia sememangnya membantu tumbuhan atau tanaman untuk cepat membesar dan membuah tetapi tanaman itu tidak akan kekal segar untuk waktu yang lama tidak seperti tanaman organik. Bak kata pepatah, biar lambat asal selamat.[/vc_column_text][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:3|h_tablet:2|v_tablet:2|phone:2″ loading_effect=”fall_perspective” image_sizing=”resize” resized_image_dimensions=”5×3″ image_border_radius=”0px” project_icon_border_width=”0px” include=”1099,1100,1104,1115,2044,2045″][vc_empty_space][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:3|h_tablet:2|v_tablet:2|phone:2″ loading_effect=”fall_perspective” image_sizing=”resize” resized_image_dimensions=”5×3″ image_border_radius=”0px” project_icon_border_width=”0px” include=”1717,1386,941″][vc_empty_space][vc_column_text css_animation=”bounce”]Selain itu, terdapat banyak lagi aktiviti mesra alam yang boleh dilakukan di Min House Camp seperti berkayak, madu kelulut, memasak kuih tradisional dan lain-lain.[/vc_column_text][vc_empty_space][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:1|h_tablet:1|v_tablet:1|phone:1″ image_border_radius=”0px” project_icon_border_width=”0px” include=”1939″][vc_empty_space][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text css_animation=”left-to-right”]

    Berminat ????????? mesti la berminat kan��..so kunjungi lah Min House Camp untuk merasainya sendiri. Untuk ke MHC tak susah pun�..ikut je google maps.

    [/vc_column_text][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_message icon_fontawesome=”fa fa-exclamation” css_animation=”swing”]

    Jika inginkan maklumat lanjut boleh hubungi 0139225440 @ whatsapps dan lawati website rasmi Min House Camp.

    [/vc_message][vc_empty_space][vc_gmaps link=”#E-8_JTNDaWZyYW1lJTIwc3JjJTNEJTIyaHR0cHMlM0ElMkYlMkZ3d3cuZ29vZ2xlLmNvbSUyRm1hcHMlMkZlbWJlZCUzRnBiJTNEJTIxMW0xOCUyMTFtMTIlMjExbTMlMjExZDM5NjcuMzAwOTYxMTcxNjYzJTIxMmQxMDIuMjg4NjQ4ODE1MzM4OTYlMjEzZDYuMDkwMDk3NzI5NzM3OTcxNSUyMTJtMyUyMTFmMCUyMTJmMCUyMTNmMCUyMTNtMiUyMTFpMTAyNCUyMTJpNzY4JTIxNGYxMy4xJTIxM20zJTIxMW0yJTIxMXMweDMxYjZiYTg0OWM4MzM2ZWYlMjUzQTB4MTk4NTg3ZjEwNGE1MDdiZiUyMTJzTWluJTI1MjBIb3VzZSUyNTIwQ2FtcCUyMTVlMCUyMTNtMiUyMTFzZW4lMjEyc215JTIxNHYxNTY3OTE4MDg3ODU5JTIxNW0yJTIxMXNlbiUyMTJzbXklMjIlMjB3aWR0aCUzRCUyMjQwMCUyMiUyMGhlaWdodCUzRCUyMjMwMCUyMiUyMGZyYW1lYm9yZGVyJTNEJTIyMCUyMiUyMHN0eWxlJTNEJTIyYm9yZGVyJTNBMCUzQiUyMiUyMGFsbG93ZnVsbHNjcmVlbiUzRCUyMiUyMiUzRSUzQyUyRmlmcmFtZSUzRQ==” css_animation=”appear”][/vc_column][/vc_row]