Pernah tak rasa madu yang kadang masam, kadang ada la manis sikit-sikit? Tu la rasa madu kelulut, so jangan tak percaya okay. Tak percaya jugak? Datang sini dan cuba rasa sendiri madu ni terus dari sarang lebah kelulut ni. Bukan setakat rasa je berbeza, warna madu dia pun boleh berubah antara gelap dan cerah.
Lebah kelulut ni adalah sejenis lebah tidak bersengat dan hidup di hutan tropika. Saiz dia kecil berbanding dengan lebah menyengat yang biasa. Bagi yang tak pernah lihat mungkin akan rasa ni spesis lalat atau langau, jadi akan timbul rasa was-was dan rasa konfius dalam diri kenapa Min House Camp ni banyak lalat terbang bebas diudara. Meh sini nak tunjuk gambar salah satu spesis lebah kelulut.
Lain kan? Tu belum lagi tengok keadaan dalam sarang dia. Madu lebah disimpan dalam tempayan kecil atau kita panggil honey pot berlainan dengan lebah madu menyengat.� Lain spesis kelulut akan lain cara susunan dalam sarang dia. Tak nak tunjuk sini nanti tak surprise.
Nak cerita semua dekat sini lama lama jadi karangan 350 patah perkataan. So kena datang sini, rasa madu dan kami akan bawa masuk ke Galeri Lebah Kelulut kami. Untuk entry tentang galeri ni esok pulak ya.
Kami buka setiap hari demi pelanggan kesayangan. Waktu yang sesuai untuk lihat lebah kelulut adalah dari jam 10 pagi hingga jam 5 petang dengan bayaran Rm10 seorang sahaja. Jangan lepaskan peluang!
Follow je Waze/ Google maps.
Hubungi kami di 0139225440 @ whatsapps untuk maklumat lanjut atau melalui website Min House Camp.