Blog

  • How to choose Virtual Data Room Suppliers

    Choosing the best online deal bedroom providers needs some homework on the part of businesses. While selecting by cost is often a common practice, firms that choose VDR solutions based on quality will be more susceptible to acquire an efficient and trustworthy system. The first thing to consider when evaluating online data bedrooms is certainly figuring out what purpose the woking platform will serve. Identifying this goal will help businesses detect between features, capabilities, charges and security implementations. It will also help determine which types of virtual deal rooms are suitable for unique processes.

    For example, accounting presupposes working with lots of sensitive documents that must be securely shared with multiple parties. A secure VDR enables companies to work efficiently without having to arrange off-line group meetings to exchange paperwork. This is why various accounting companies choose to use secure electric data areas.

    Banking, specifically investment banking, is another common industry that employs electronic document management systems. These kinds of platforms present simple effort, round-the-clock gain access to, and protected cloud storage area. When comparing online data bedrooms, look for complying certifications just like SOC one particular & SOC 2, INTERNATIONALE ORGANISATION FÜR STANDARDISIERUNG 27001, HIPAA, and GDPR. Also, guarantee the software offers advanced functions such as redaction (blacking out parts of files) and fence view to prevent screenshotting.

    Managing an IPO is another strenuous method that involves disclosing large amounts of company-related documents to potential investors and shareholders. A secure VDR will allow firms to streamline the disclosure method and ensure that confidential data is not really leaked. Moreover, https://www.buytechnologygroup.com/best-razer-headsets the e-signature features offered by the majority of online data rooms can expedite the closing process.

  • Homestay Berhampiran HUSM, Kubang Kerian

    Homestay Berhampiran HUSM, Kubang Kerian

    Anda Sedang Mencari Homestay Yang Dekat Dengan Kubang Kerian dan Kota Bharu?

    Anda WAJIB menginap di Min House Camp kerana ia PILIHAN TERBAIK !!

    Kerana apa saya kata terbaik? Sebab…
    Ruangan untuk parking kereta yang luas dan berdekatan dengan bilik penginapan
    • Boleh parking kereta betul-betul depan bilik penginapan
    • Parking percuma!
    • Kawasan parking yang luas sekiranya datang dengan keluarga yang besar, muat jangan risau!

    �Sistem keselamatan yang baik

    • CCTV sentiasa beroperasi untuk menjaga kawasan sekitar dan tetamu Min House Camp
    • Terdapat 8 CCTV yang diletakkan di sekitar kawasan Min House Camp
    • Alat pemadam kebakaran diletakkan di beberapa tempat
    • Staf akan sentiasa berada di kawasan Min House Camp 24 jam
    • Numbor telefon kecemasan dan staf diletakkan di beberapa kawasan

    Hampir dengan kemudahan dan kedai-kedai makan

    • Pasaraya (Mydin – 1.5km)
    • Stesen minyak Petronas di jalan utama (
    • 7 Eleven / kedai roti / kedai runcit (
    • KFC (
    • Kedai-kedai makan yang banyak di tepi-tepi jalan utama
    • Maybank, Bank Islam, CIMB Bank, Bank Simpanan Nasional, Bank Rakyat, HSBC, RHB (1.5km)
    • Dobi

    Lokasi yang� strategik�

    • Hospital USM, Kubang Kerian (1.5 km)
    • Berdekatan dengan Kolej Jururawat HUSM, MRSM Pasir Tumboh, UMK PC, Tempat kerja kak rita
    • Dalam 5-30 minit untuk ke:

    – Lapangan terbang PC

    – Bandar Kubang Kerian

    – Bandar Kota Bharu

    – Hospital Pakar KBMC

    – Hospital Raja Perempuan Zainab II

    – Wakaf Che Yeh

    – Pasar Siti Khadijah

    – Pantai Senok

    – Pantai Irama

    Terdapat 8 aktiviti menarik di sini!

    • Berkayak
    • Mencari lokan
    • Memanah
    • Mengenali dan merasa madu lebah kelulut
    • Melihat kelip-kelip
    • Kebun organik & aquaponik
    • Kraftangan daripada biji beluru
    • Kelas memasak kuih onde-onde

    Kawasan sekeliling yang tenang

    • Jauh dari hiruk piruk bandar
    • Terletak di sebelah sungai
    • Kicauan burung boleh didengar hampir setiap masa
    • Kawasan yang dikelilingi pokok-pokok, tidak panas dan berangin

    Saya sertakan peta untuk ke Min House Camp

    Anda juga boleh menggunapan waze untuk ke sini, taip Min House Camp sahaja, senang kan?

    Grab car juga boleh menghantar anda ke sini!

    Boleh call kami di 0139225440 untuk sebarang pertanyaan dan soalan. Tunggu apa lagi? Jom ke sini!

  • Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK)

    Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK)

    Assalamualaikum & hai semua..

     

    Untuk kali ini kenapa saya highlightkan Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK) pulak. Min House Camp dah tukar nama ke?

    Sebabnya Min House Camp adalah pusat berdaftar bagi PSDNK dan Kak Yah sendiri (owner MHC) adalah pengerusinya. Kan saya dah kata Kak Yah ni busy orangnya. Kak yah ni sangat komited dengan PSDNK ni dan banyak menjalankan aktiviti untuk expose mereka dengan dunia luar. Banyak aktiviti yang mereka lakukan untuk melatih golongan Sindrom Down (SD) dan keluarga mereka. Anak bongsu Kak yah yang merupakan seorang Sindrom Down membantu dalam menjadi guide kepada peserta-peserta SD sebab dah banyak pengalaman menjalankan aktiviti di sini.

    Min (belakang)

    Pelbagai aktiviti diadakan di MHC untuk latihan motor halus dan kasar mereka seperti berkayak, mencari lokan, memanah dan bermacam-macam lagi. Boleh kata semua aktiviti yang terdapat di sini mereka pernah cuba. Best kan? Selain bergembira, mereka akan dapat menggilap skil berkomunikasi, belajar berkongsi dan ibu bapa dapat bergaul mesra dan bertukar pendapat ? setiap aktiviti ini pihak MHC sediakan guide, jangan risau. Meh saya sertakan beberapa gambar aktiviti mereka. Semua aktiviti ni best tau!

     

    Fish scooping (boleh bawa balik ikan)� � � � � � � � � � � � � � � � � � � �Berkebun� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � �Memanah

    Mereka juga pernah ke Thailand dan Singapura tau. Saya tahu la saya meleleh air mata teringin nak ikot. Selain bertujuan untuk melancong, mereka sebenarnya ke sana untuk mempelajari bagaimana persatuan di sana menjana pendapatan dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan istimewa.

    Thailand:

    1. Lawatan ke Pattani-Panya School

     

    2. Dinosaur Park

     

    Singapura

    1. Enabling Village

     

     

     

     

     

     

     

    Malah, latihan ini juga memberikan pengalaman baharu kepada golongan SD yang rata-ratanya tidak pernah menaiki kapal terbang dan travel bersama-sama dengan kawan-kawan mereka. Mereka juga memerlukan pendedahan dan mahu merasai pengalaman seperti orang lain.

     

    Memang banyak aktiviti mereka jalankan, sekiranya ada yang berminat untuk join di bawah PSDNK atau nak mendaftar ahli baharu PSDNK boleh hubungi Kak Yah di 0139228440.

  • Aquaponik di Kelantan

    Akuaponik ialah salah satu daripada teknik hidroponik yang menggabungkan akuakultur dalam sistem pertumbuhan tanaman.
    Untuk sistem tanaman ini berfungsi dengan lengkap memerlukan ikan air tawar kerana baja untuk kesuburan tanaman datangnya daripada sisa pembuangan ikan di dalam air ini.
    Di Min House Camp, sistem akuaponik mengunakan hydroton atau LECA( lightweight expanded clay aggregate) iaitu sejenis tanah liat ringan dan mampat sebagai medium untuk akar bertaut.

    Kelebihan sistem akuaponik sebagai tempat tanaman
    ?Dapat 2 hasil sekaligus iaitu sayur-sayuran dan ikan air tawar yang diternak
    ?Baja semulajadi daripada sisa pembuangan ikan
    ? Masa yang singkat diambil untuk menuai hasil tanaman sayur
    ? Sebagai terapi akuakultur(akuarium ikan)
    ?Organik dan kelestarian sumber makanan terjamin
    ?Mesra alam dan tidak membazir banyak air seperti pertanian komersial yang menggunakan tanah
    ?Dapat mengelakkan tanaman daripad jangkitan penyakit yang berpunca daripada tanah

    Untuk mempelajari teknik ini dengan lebih mendalam boleh kunjungi MHC dan pelajari daripada pemilik tempat ini.?

  • Galeri NUKIS, Min House Camp

    Galeri Nukis adalah satu bilik yang khas untuk sesiapa sahaja baik kanak-kanak dan remaja untuk menzahirkan kreativiti masing-masing. Kami menyediakan canvas bersaiz A3 beserta berus dan cat. Kalau rasa canvas tu tidak cukup, xapa meh kt melukis di dinding pula. Cantik ke xcantik xapa, seni itu subjektif. Gituhhh..

    Tapi kenapa kami tubuhkan galeri nukis?

    Kerana�.

    Kanak-kanak dan lukisan memang sinonim kan? Kadang-kadang xcukup guna berus, tangan dan kaki pun mereka gunakan untuk melukis. Bagus ke bagus? Mestilah bagus!

    Melukis membentuk kreativiti, memberikan mereka peluang untuk bermain dengan warna dan secara tidak langsung ibu bapa akan turut terlibat sama melukis dan ini memupuk sifat kekeluargaan yang baik.

    Di galeri nukis mereka akan dapat menzahirkan kreativiti mereka dengan melukis di atas canvas, di dinding, meja dan lain2. Lepas siap melukis di canvas, mereka boleh membawa pulang hasil lukisan untuk ditunjukkan kepada jiran tetangga. Haha.

    Dengan bayaran rm30/pax, mereka akan dapat mengisi masa dengan melukis dan bergembira semasa membawa pulang hasil lukisan mereka. Anak gembira ibu bapa pula senang hati. Win-win, jadi apa tunggu lagi? Jom ke Min House Camp! Ada pertanyaan mengenai Galeri NukiS? Hubungi kami di 011 5401 9440

    https://www.instagram.com/galerinukis/�

  • SPA untuk Perempuan di Kubang Kerian

    Mencari SPA di Kubang Kerian ?

    Puteri Saadong Spa Kubang Kerian

    Post ini adalah untuk muslimah serta suami / ayah / abang yang prihatin akan keselesaan dan kecantikan para wanita pujaan hati. Ewahh..

    Perempuan zaman sekarang ni banyak benda kena buat. Banyak benda kena fikir. Dari hal rumah, anak-anak, politik Ukraine-Russia, harga barang naik, kak long dijemput TV Hijrah semua kena cakna. Tapi, bila nak fikirkan diri sendiri?

    Jom lupakan sebentar suami, anak2 dan hal2 lain dan manjakan diri di Puteri Saadong Spa, Min House Camp. Spa kami menyediakan perkhidmatan seperti:
    -Facial
    -Totok wajah
    -Massage
    -Urut
    -Bekam

    Harga pun berpatutan seperti patutnya anda anda semua ke sini dan cuba. Jom booking slot dengan kami di talian 011 5401 9440

     

    Our Services

    – Facial

    – Totok Wajah

    – Massage

    – Scrub

    – Bekam

     

    Facial

    Facial Treatment RM70

    This treatment includes:

    Skin analysis

    Welcoming touch & hot towel

    Deep double cleanse

    Facial scrub

    Face steam

    Whitehead & blackhead extraction

    Glowing laser

    Hydration mask

    Head & shoulder massage

    Toner & moisturiser application

    Sunblock application

    Hot tea serving

    �

    Facial Treatment + LED Omega RM100

    This treatment includes:

    Skin analysis

    Welcoming touch & hot towel

    Deep double cleanse

    Facial scrub

    Face steam

    Whitehead & blackhead extraction

    Glowing laser

    LED Omega infusion

    Hydration mask

    Head & shoulder massage

    Toner & moisturiser

    Sunblock application

    Hot tea serving

     

    Ultralift Facial RM130

    This treatment includes:

    Skin analysis

    Welcoming touch & hot towel

    Deep double cleanse

    Facial scrub

    Face steam

    Whitehead & blackhead extraction

    Glowing laser

    Ultra-lift machine treatment with serum application

    Hydration mask

    Head & shoulder massage

    Toner & moisturiser application

    Sunblock application

    Hot tea serving

     

    Whitening Treatment + Lifting Massage RM130

    This treatment includes:

    Skin analysis

    Welcoming touch & hot towel

    Deep double cleanse

    Facial scrub

    Face steam

    Whitehead & blackhead extraction

    Glowing laser

    LED Omega infusion

    Vitamin C mask

    Lifting massage

    Toner & moisturiser application

    Sunblock application

    Hot tea serving

    �

    Sinus Treatment (Resdung) RM60

    This treatment includes:

    Skin analysis

    Sinus treatment

    Head & shoulder massage

    Hydration mask

    Hot tea serving

    �

    Totak Wajah

    Totok Wajah RM50

    Improve your complexion’s natural glow with a Totok Wajah Facial! This treatment focuses on pinpointing the pressure points in your face to boost your energy flow and blood circulation for a healthier complexion.

     

    This treatment includes:

    Deep double cleanse

    Facial scrub

    Totok Wajah treatment

    Hydration mask

    Toner & moisturiser

    Hot tea serving

    �

    �

     

    �

    �

    Massage

    Relaxing Full Body Massage RM90

    Choices of Oil: Sunflower, Lavender, Goat’s Milk, Ginger, Nutmeg, Lemongrass

     

    This treatment includes:

    1-hour relaxing full body massage

    15-min rejuvenating foot spa

    Hot tea serving

     

    Shoulder & Back Massage RM70

    This treatment includes:

    1-hour relaxing shoulder & back massage

    Hot tea serving

     

    Scrub

    Full body Scrub & Mask RM90

    Choices of Scrub: Javanese lulur, Coffee Scrub, Beras Hancur & Kelapa Parut

     

    This treatment includes:

    Full body scrub

    Full body mask

    Body butter

    Hot tea serving

     

    Bekam

    Cupping (Bekam)

    15 cups RM50 25 cups RM70

     

    Includes:

    Consultation

    Cupping therapy

    Hot tea serving

     

    Facial Bekam

    4 cups RM40

    �

    Includes:

    Consultation

    Cupping therapy

    Hot tea serving

    �

     

     

  • Kelip – Kelip Min House Camp, Kubang Kerian

    TARIKAN KELIP KELIP

    Min House Camp, Kubang Kerian
    Terletak di Kampung Pulau, Kubang Kerian, perjalanan sejauh 7 kilometer dan mengambil masa 20 minit dari pusat bandar Kota Bharu. Pengunjung akan dibawa menyusuri Sungai Lubok Durian sambil melihat keindahan cahaya kelip-kelip pada pokok berembang sepanjang laluan sungai. Waktu terbaik melihat panorama indah cahaya kelip-kelip adalah sekitar pukul 8 hingga 10 malam terutamanya pada musim kemarau dari bulan Februari hingga Oktober.

    FIREFLIES ATTRACTION

    Min House Camp, Kubang Kerian
    The Firefly Park is located in Kampung Pulau, Kubang Kerian, which is a journey of 7 kilometers, or roughly 40 minutes, from the center of Kota Bharu. Visitors are brought down the Lubok Durian river which is dotted with mangrove apple trees that offer the surreal beauty of the fireflies� light. The best time to drink in the panoramic wonders of the fireflies is from around 8 to 11 at night, especially during the drought season from February to October.

     

    Pakej: RM10 seorang

    Hubungi: 01154019440 https://go.wasap.my/minhousecampkb

  • Mengenali Madu Asli Dan Madu Tiruan

    Hati-Hati dengan Madu Palsu, Inilah 5 Cara Mudah Membedakan Madu ...

     

    Berdasarkan kajian termasuk di Malaysia, Indonesia dan U.S.A menunjukkan bahawa hampir 80% madu yang beredar dipasaran adalah madu palsu .Madu asli sebenarnya sangat mudah diketahui dengan melihat dari sifat dan karakteristik fiziknya yang khas. Sayangnya dapat juga si penipu madu palsu untuk meniru sebagian dari sifat atau karakter fizik madu asli. Sehingga bagi kebanyakan orang sangat susah untuk mengetahui keaslian madu dengan melihat aspek fizikal atau luaran madu tersebut.

    MADU ASLI

    Madu asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi. Selain itu, madu asli juga bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembaban udara tinggi (high humidity) maka madu akan bertambah cair. Madu asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh.

    Selain itu terdapat beberapa cara untuk mengenali madu asli;

    1. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
    2. �Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
    3. Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan > 1 minggu).
    4. � Menggunakan api: � sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

    MADU TIRUAN�

    Madu tiruan meupakan jenis madu yang seakan sama dengan Madu Asli yang banyak dijual dipasaran negara kita. Menurut seorang pakar mengenai industri lebah dan madu yang ditemui, beliau mendakwa bahawa madu tiruan di Malaysia memonopoli pasaran tempatan antara 60-65%

    Terdapat�2 jenis madu tiruan�di pasaran. Yang pertama ialah�Madu Lebah Tiruan (Sintetik)�yang dihasilkan daripada sirap berfruktosa tinggi melalui tindak balas asid pekat ke atas sirap sukrosa. Dan yang kedua pula ialah�Madu Lebah Campuran�yang dihasilkan melalui campuran madu lebah asli dengan sirap sukrosa.

    DAPATKAN MADU ASLI DI MIN HOUSE�CAMP

    Sejarah lebah kelulut di� Min House Camp bermula sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu seorang profesor dari Sulawesi, Indonesia yang dikenali sebagai Andi Mappatoba Sila, telah berkunjung dan menginap di Min House Camp. Beliau merupakan pakar lebah dunia dan sepanjang tempoh menginap di MHC, beliau menceritakan kepada Wan Noriah Binti Wan Ramli atau lebih mesra dengan gelaran Kak Yah bahawa di sekitar MHC sendiri sangat sesuai untuk menternak lebah kelulut. Pada mulanya kak yah berasa kurang yakin kerana sebelum ini tiada pun sesiapa yang menternak lebah kelulut. Namun dengan keberanian dan perasaan ingin tahu, kakyah mula menceburkan diri dalam bidang penternakan kelulut dengan tunjuk ajar dari professor tadi.

    kak yah (bertudung hijau) bersama� profesor�Andi Mappatoba Sila dan isterinya

    Sejak dari itu, bilangan sarang lebah kelulut makin bertambah di sekitar MHC. Kak Yah mula mendapat idea untuk berkongsi tentang ilmu yang telah beliau pelajari kepada orang ramai. dan pada tahun itu juga, kursus pertama lebah kelulut di Malaysia telah dijalankan di Min House Camp sendiri dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Kak Yah telah mengusahakan produk lebah kelulut sehingga berjaya memperolehi sijil Halal serta MESTI. Sijil-sijil tersebut boleh dilihat sendiri tergantung di dalam galeri kelulut di MHC.

     

     

    Sijil Halal dan MeSTI

    Disebabkan harga dan permintaan terhadap manu lebah kelulut terutamanya menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab telah menjual pelbagai produk madu yang telah dicampur dan tidak asli. Disebabkan hal ini, Kak yah telah mengambil keputusan untuk tidak melantik mana-mana pembekal untuk menjualkan produk madunya bagi menghalang mana-mana pihak mencuba untuk menghasilkan madu kelulut dan menggunakan logo Min House Camp tanpa izin.

    Anda tidak perlu risau tentang ketulenan madu hasil keluaran Min House Camp kerana madu kami sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari pelbagai universiti seluruh dunia untuk mengambil sampel madu MHC dan dijadikan sebagai bahan ujikaji. Pihak USM Kubang Kerian juga turut menggunakan madu dari MHC untuk membuat pelbagai kajian khususnya kepada perubatan alternatif pesakit kanser.

    Jenis Madu Yang Terdapat Di MHC

    1. Kelulut

    2. Tualang

    3. Akasia

    4. Madu Tiga�

     

     

    ine coins – make money:�http://bit.ly/money_crypto

  • Harga Promosi Hotel Kota Bharu (Min House Camp) Sempena PKPP

    Harga Promosi Hotel Kota Bharu (Min House Camp) Sempena PKPP

    Assalamualaikum & HI!

    Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni, Min House Camp menawarkan harga promosi untuk kesemua bilik penginapan dan aktiviti di sini! Jom datang ke sini dan merasai kelainan menginapan di Min House Camp yang dikelilingi pokok-pokok dan haiwan-haiwan comel seperti ayam, itik, kucing dan lain-lain. Kanak-kanak mesti suka!

    Harga promosi yang kami tawarkan memang rendah dengan potongan sehingga 50%!

     

    Seperti yang kita dapat lihat dalam dalam poster di atas, kami mempunyai 3 jenis penginapan iaitu untuk 4 orang, 6 orang dan 9 orang. Kami faham saiz famili di malaysia ni pelbagai so kt raikan semua. Bilik-bilik penginapan di sini memang sesuai untuk penginapan keluarga. Untuk setiap jenis penginapan ada 2 unit. Contohnya ada 2 unit penginapan untuk 6 orang dan seterusnya. Boleh bayang tak?

    Saya sertakan sekali dengan gambar-gambar di dalam bilik penginapan, jemput tengok 🙂

    Chalet 1 bilik (Sagu)

    Chalet ni namanya Sagu. Ada 2 unit dan setiap unit boleh memuatkan maksimum 4 orang. Tandas ada hot shower dan bilik aircond. Harga? RM60 sahaja satu malam. Murah kan?

    Chalet 2 bilik (6 orang)

    Chalet ini pulak namanya Nibong. Ada 2 unit jugak dan setiap unit boleh memuatkan maksimum 6 orang. Kalau datang 12 orang elok sangat ambil kedua-dua unit ni. Dalam chalet ini ada 2 bilik yang mana dalam bilik pertama ada 1 queen bed dan 1 single bed. Dalam bilik kedua pula ada 3 single bed. Tandas hot shower dan bilik fully aircond. Harga RM 90 sahaja satu malam. Murah sangat ni!

    Bilik pertama

    Bilik kedua

    Chalet 3 bilik (9 orang)

    Chalet untuk 9 orang ni kami panggil Pinang. Bukan bertujuan untuk meminang sesiapa. Hahah. Chalet ini ada 3 bilik dan 2 bilik air, 1 bilik air di dalam bilik master (1 queen bed dan 1 single bed) dan 1 lagi bilik air di luar. Bilik pun fully aircond dan tandas hot shower juga. Harga hanya RM120 sahaja satu malam. Murahnya lahai!

    Bilik pertama

    Bilik kedua

    Bilik ketiga

    Meh saya senaraikan kelebihan menginap di sini:

    -Bilik aircond

    -Hot shower

    -Wifi laju

    -Boleh memasak di dining (pemandangan tepi sungai okay dining ni)

    -Ada miaw (tiberr tapi tak pernah lagi orang tak geram dengan ikon kucing harapan Min House Camp ni nama miaw)

    -Parking dekat depan bilik je tau, tak payah jalan jauh2. Tenaga extra tu simpan untuk buat aktiviti yang ada dekat sini pulak.

    -Hanya 5 km ke Kota Bharu (ada foreigner jalan kaki je pergi Kota Bharu, maklumlah mereka memang minat berjalan kaki)

    -1.5 km ke Hosital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kolej Jururawat HUSM

    -8 aktiviti boleh buat dekat sini!

    -Dalam 5-30 minit untuk ke:

    • Lapangan terbang PC
    • Bandar Kubang Kerian
    • Bandar Kota Bharu
    • Hospital Pakar KBMC
    • Hospital Raja Perempuan Zainab II
    • Wakaf Che Yeh
    • Pasar Siti Khadijah
    • Pantai Senok
    • Pantai Irama

    Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di 0139225440 🙂

     

    Call, whatsapp semua pun boleh, kito mudoh baso boh 😀

  • 8 Aktiviti Menarik Kota Bharu � Min House Camp (Part 2)

    8 Aktiviti Menarik Kota Bharu � Min House Camp (Part 2)

    Hi semua,

    Seperti yang dijanjikan saya akan sambung lagi 4 aktiviti best yang boleh dilakukan di Min House Camp, Kubang Kerian, Kota Bharu. Harga adalah Rm10/pax untuk setiap aktiviti tetapi bersempena dengan PKPP (sehingga 31/8/2020) kami menawarkan harga promosi Rm5/pax untuk setiap aktiviti. Wow kan? Jom!

    Melihat kelip-kelip

    Dekat Kelantan pun ada tau tempat untuk melihat kelip-kelip. Aktiviti kelip-kelip adalah popular di Min House Camp dalam kalangan pengunjung dalam dan luar negara. Kelip-kelip yang terdapat di sini adalah dari spesis yang berbeza dengan yang terdapat di Kampung Kuantan, Selangor. Spesis yang terdapat di sini SungaI Pengkalan Datu, Min House Camp berkelip dengan rentak yang sama. Rasa macam tengok pokok Krismas tau! Pengunjung akan diiringi oleh guide yang akan memberikan penerangan serba sedikit mengenai kelip-kelip. Contohnya habitat kelip-kelip, kitaran hidup dan perbezaan mengenai kunang-kunang dan kelip-kelip. Tahu tak apa perbezaan kunang-kunang dan kelip-kelip? Jom datang sini dan dapatkan jawapan. Hehe.

    Pengunjung dari luar negara yang datang untuk melihat kelip-kelip

    Trip kelip-kelip di Min House Camp akan bermula jam 8 malam dan anggaran masa setiap trip adalah 40 minit. Pengunjung dinasihati untuk datang sebelum jam 8.30 malam kerana semakin lambat, jumlah kelip-kelip semakin berkurangan.

    Tips untuk melihat kelip-kelip:

    • Bulan tidak mengambang / tidak cerah
    • Bukan musim tengkujuh
    • Tidah hujan atau berangin kuat pada malam itu

    Membuat kuih tradisional (onde-onde)

    Min House Camp menyediakan kelas memasak kuih onde-onde. Dalam proses membuat kuih buah melaka atau dikenali sebagai kuih onde-onde oleh masyarakat Kelantan ni, pengunjung akan diajar menggunakan peralatan tradisional seperti pengisar beras dan kukur kelapa atau kukur nyior. Kami menyediakan guide yang akan menjadi memberikan tunjuk ajar dan dari awal hingga akhir, dari mengisar beras ke menguli tepung ke kukur kelapa sampai siap kuih onde-onde yang sedap. Kalau follow steps yang kami ajar mesti menjadi!

    Belaja cara-cara kukur kelapa menggunakan kukur nyior ni

    Kami menggunakan daun pandan sebagai pewarna hijau onde-onde. Blend dan tapis. Kami tidak menggunakan pewarna sintetik kerana rasa kurang umph! Tidak kena dengan prinsip kami yang mahu menggunakan bahan-bahan natural sebanyak mungkin.

    kukur lagi! Siapa cepat memang!

    Aktiviti ini amat sesuai dijadikan sebagai aktiviti berkumpulan dan keluarga. Makin ramai, makin meriah!

    Kebun Organik & Aquaponik

    Min House Camp mempunyai 2 Kebun organik. Satu menggunakan teknik Permaculture dan satu lagi menggunakan Teknik No-Dig Garden. Saya akan membuat entry khas untuk explain kedua-dua cara ini. Tunggu ya. Kami tidak menggunakan sebarang bahan kimia dalam membaja atau menghalau serangga perosak. Semua buat menggunakan bahan-bahan semula jadi. Menarik kan? hasil dari kebun di Min House Camp inilah yang akan dihidangkan kepada tetamu kami. Kami kongsikan apa yang ada kepada yang hadir ke Min House Camp. Malah, tetamu kami mempunyai pilihan untuk memetik sendiri ulam-ulaman atau kami yang tolong petikkan. Boleh petik yang mana berkenan di hati.

    Hasil dari kebun organik kami adalah untuk tetamu kami

    Selain kebun organik, kami turut mempunyai sudut Aquaponik. Sebab? Kak yah dan suaminya memang minat berkebun dan menanam. Tanam je jadi. Campak je tumbuh. Aquaponik adalah satu gabungan antara hidroponik dan aquakultur. Atas ada sayur, bawah ada ikan. Ikan memberi baja kepada sayur dan sayur merawat air supaya air yang bersih akan kembali kepada ikan. Dapat 2 in 1 iaitu ikan dan sayuran. Sayuran di sistem aquaponik ni amatlah subur sampai kami memang tak dapat habiskan sendiri.

    Ni masa baru sayuran aquaponik ni nak tumbuh

    Ni selepas, merimbun kan? Sayur pun sihat!

    Kraftangan tradisional (biji beluru)

    Kraftangan yang akan dihasilkan di Min House Camp oleh pengunjung kami adalah daripada biji beluru. Pokok Beluru yang terdapat di sini adalah berusia lebih 100 tahun! Kraftangan yang dihasilkan akan dapat dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Dalam penghasilan kraftangan ini, skil motor halus dan kasar diperlukan dan oleh sebab itu kami amat menggalakkan kanak-kanak untuk join aktiviti ini ?

    Orang dewasa pun boleh juga. Amat dialu-alukan.

    Lepas siap boleh bawa balik

    Kalau nak tahu, orang-orang dulu menggunakan kayu daripada pokok ni untuk menghasilkan sabun tau. Kak Yah kata kalau nak hari raya atau pergi kenduri beliau akan mandi dengan menggunakan sabun daripada kulit kayu Pokok Beluru.

     

    Kesemua aktiviti yang saya terangkan di atas boleh dilakukan pada setiap hari mengikut keadaan cuaca. Marilah berkunjung ke Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan untuk melakukan aktiviti-aktiviti untuk mengisi masa dan beriadah. Untuk melihat 4 aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Min House Camp, Kubang Kerian boleh klik sini Sebarang pertanyaan atau nak booking aktiviti boleh hubungi kami di 0139225440. Jom!