Author: admin

  • 8 Aktiviti Menarik Kota Bharu � Min House Camp (Part 1)

    8 Aktiviti Menarik Kota Bharu � Min House Camp (Part 1)

    Assalamualaikum & Hi!

    Hari ini saya akan share mengenai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Min House Camp yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu. Saya akan share 4 aktiviti dahulu dan next entry saya akan ceritakan lagi 4 okay. Harga untuk setiap aktiviti adalah Rm10/pax tetapi bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31/8/2020 ni, harga aktiviti hanya Rm5/pax. Jom!

    Berkayak

    Aktiviti berkayak adalah salah satu aktiviti yang popular dekat Min House Camp, Kelantan. Dengan bayaran seperti yang dinyatakan,�� pengunjung boleh berkayak selama 1 jam di Sungai Pengkalan Datu. Sebelum berkayak, pengunjung akan diberikan taklimat keselamatan dan peraturan oleh guide kami dan akan diajar cara-cara basic untuk berkayak. Tak susah, main 5 minit dah boleh tangkap cara belok kiri kanan. Life vest akan diberikan kepada setiap peserta dan tidak dibernarkan utuk tanggal life vest ya sepanjang berkayak. Tidak dibenarkan juga berenang kuak lentang di dalam sungai ini. Tengok betapa bestnya berkayak ni dalam gambar tu, sambil berkayak sambil bersembang. Haha.

     

    Jika nak berenang jom kumpulkan sekurang-kurangnya 20 orang dan kita pergi berkayak 6km pergi dan balik. Selalunya trip ini akan mengambil kira-kira 3-5 jam dan bayaran adalah Rm30/pax. Boleh berkayak, mencari lokan dan mandi sungai! 3 in 1 kan? Siapa kata air je ada 3 in 1.

    Memanah

    Ni la Min, dia pun reti memanah tau. Muka rileks je kan Min memanah? Sebab dia dah biasa dah main memanah ni. Sesiapa yang nak memanah boleh ke sini, kami akan sediakan guide yang memang mahir memanah. Dia akan ajar dari kedudukan siku, tangan, jari dan macam-macam lagi untuk memegang arrow dan shoot ni. Dari shoot target hinggalah shoot kambing di sini. Haha okay tu tipu.

     

    Memanah ni memerlukan fokus dan teknik memegang bow dan arrow dengan betul untuk hit target yang diletakkan. Pengunjung boleh memanah selama 1 jam. Tak kisah berapa arrow pun shoot selama 1 jam tu. Boleh kata unlimited arrow janji dalam masa 1 jam dengan harga yang dinyatakan dekat atas sekali tadi. Murah kan? Jom memanah di Min House Camp.

    Mencari lokan

    Siapa kenal lokan? Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang yang hidup di dalam selut. Untuk mencari lokan, pengunjung perlu turun sendiri ke dalam selut dan mencari menggunakan tangan. Pengunjung akan turut diberikan taklimat dan peraturan-peraturan mencari lokan seperti kena tanggalkan jam dan lain-lain. Saiz lokan yang boleh diambil dan yang harus dilepaskan semula juga akan turut diberitahu kerana lokan yang bersaiz besar diperlukan untuk tujuan pembiakan untuk memastikan lokan tidak pupus. Jangan risau k kerana guide akan tunggu dari awal hingga akhir. �Bila lagi nak bermain dengan selut kan? Sambil bermain dengan selut dapat mencari lokan sekali. Ni la orang kata �sambil menyelam minum air�.Lokan yang dah dapat tu nak buat apa? Terpulang sama ada nak rebus dan terus makan di sini sambil cicah sos di dining area kami atau pun bawa balik untuk makan di rumah ? . Pengalaman mencari lokan ni akan membuatkan kita lebih menghargai hasil yang kita peroleh dengan susah payah.

    Mengenali dan merasai Madu Kelulut

    Sebelum ni dah cerita tentang penternakan lebah kelulut di Min House Camp. Selain diternak untuk mendapatkan madu, kami turut menjadikan penternakan lebah kelulut sebagai satu bentuk pembelajaran kepada pengunjung kami. Guide yang mengiringi akan membawa pengunjung untuk melihat bunga-bunga yang menjadi makanan kelulut dan berkongsi serba sedikit mengenai lebah kelulut secara amnya.Beberapa koloni lebah kelulut akan dibuka untuk melihat keunikan sarang kelulut dan seterusnya merasai madu dari dalam sarang. Lain koloni lain rasa madu tau. Kenapa? Datang sini dan saya akan kongsikan jawapannya. Agak-agak madu kelulut ni manis ke tak? Nak tahu datanglah sini dan join aktiviti ni. Jom!

    ingin tahu lebih lanjut tentang madu? Boleh baca di blog ini atau hubungi kami di 0139225440

    Untuk baki lagi 4 aktiviti saya akan kongsikan dalam entry seterusnya. Semua aktiviti ni best tau! Nantikan.

  • Madu Lebah & Madu Lebah Kelulut Min House Camp

    Madu Lebah & Madu Lebah Kelulut Min House Camp

    Assalamualaikum & hi!

    Hari ni nak share tentang madu kelulut dan madu lebah di kelantan khususnya di Min House Camp. Mestilah promote tempat sendiri kan. Hehe..

    Min House Camp telah lama terlibat dengan penjualan Madu Kelulut, Madu Tualang dan Madu Akasia. Dijamin ori kerana pengusaha Min House Camp (Kak Yah) amat menitikberatkan kualiti dari kuantiti. Kak Yah yang mengamalkan pengambilan madu masih aktif berkebun, berpersatuan dan boleh membawa Triton pada usia 64 tahun.

    Madu yang dijual turut mempunyai sijil Halal daripada Jabatan hal ehwal Agama Islam Negeri Kelantan dan sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia. Sijil ini akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa. Ini adalah penting kerana sebagai pengeluar madu, kami mahu memastikan kebersihan dan keseluruhan operasi dari awal hingga akhir menepati prosedur yang ditetapkan. Jangan ragu-ragu okay.

     

    Saya sertakan senarai harga madu yang dijual di sini:

    Madu Kelulut 65 gram : RM25/botol
    Madu Kelulut 230 gram : RM85/botol

    Madu Tualang dan Akasia 65 gram : RM12/botol
    Madu Tualang dan akasia 230 gram : RM40/botol

    Untuk yang tinggal jauh dari sini jangan risau jangan nangis. Abang-abang courier sedia membantu.� Kami menyediakan perkhidmatan pos madu dengan kadar postage RM15 sahaja.

    Setakat ini kami tiada pengedar kerana sticker kami pernah ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Kami risau sekiranya pihak kami akan dipersalahkan sekiranya madu yang meniru sticker kami itu tidak asli lalu kami menarik semula produk kami dari kedai-kedai. Oleh sebab itu, madu ini hanya dijual di Min House Camp.

    Kami ada regular customer yg selalu repeat beli madu sebab madu kami berkualiti dan ori!

    Kami sentiasa mengutamakan kualiti madu yang dijual kerana kami mahu pelanggan kami berpuas hati dan tidak ditipu. Ya kami memang baik macam tu.

    Untuk maklumat lanjut mengenai madu dan Min House Camp boleh hubungi kami di 0139225440. Jangan malu jangan segan.

  • Online Aquaponik Course (Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan)

    PERSATUAN SINDROM DOWN NEGERI KELANTAN DI MIN HOUSE CAMP
    Pengalaman Aquaponik Online Unik Dengan Suasana Alam Yang Damai Dan Hijau

    1 Julai 2020 – 31 Disember 2020
    9 pagi – 11 pagi

    Bersama Muhammad Min House Camp

    Jangkamasa: 2 jam
    Jumlah Penyertaan: Maksima 20 Orang (Sindrom Down & keluarga)
    Bahasa: Bahasa Melayu
    Tarikh : 1 Julai 2020 – 31 Disember 2020
    Masa: 9 pagi – 11 pagi

    Kaedah Penyampaian
    Sertai pengalaman ini menggunakan komputer, tablet atau telefon

    Pengalaman Yang Anda Bakal Rasai
    Anda akan dibawa �Virtual Visit� di Taman Aquaponik Min House Camp untuk merasai pengalaman unik yang terdapat disini.

    Anak anak Sindrom Down di Min House Camp

    Aquaponik di Min House Camp

    Kolam Ikan di Min House Camp

    Kolam ikan di Min House Camp

    Meet Min House Camp
    Min House Camp yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan menawarkan pengalaman �back to nature� dengan konsep hijau serta persekitaran yang dipenuhi dengan flora dan fauna yang sangat menyamankan. Bertemakan konsep hijau ini, Min House Camp Camp telah mendapat pengiktirafan dan pensijilan sebagai Malaysia Tourism Excellence, The ASEAN Green Hotel Standard, ASEAN Community Based Tourism Standard & Malaysian Tourism Awards.

    Aquaponic
    Pernah anda terfikir aquarium di rumah boleh menghasilkan sayuran organik? Nak tahu jom online nanti ya. Kami akan kongsikan teknik aquaponik. Anda nanti boleh lah bercucuk tanam tampa keluar rumah !

    Jom sertai secara online bersama saya MUHAMMAD


    Hello! Saya Nur Muhammad Zanini, panggil sahaja Muhammad! Saya adalah anak kepada pengasas Min House Camp, Puan Wan Noriah atau lebih dikenali sebagai Kak Yah. Saya telah berkecimpung dalam bidang Agrotourism ini semenjak tahun 2010. Alam semulajadi membuatkan saya tenang dan saya ingin berkongsikan pengalaman ini bersama anda di MHC. Jom santai bersama saya Muhammad�Host Ceria Anda!

    Bagaimana untuk sertai?

    Pengalaman ini dihoskan dalam talian. Setelah membuat tempahan, anda akan menerima email dengan pautan dan perincian tentang cara untuk akses.

    Apa yang anda perlu bawa hanyalah komputer, tablet ataupun telefon bimbit dengan talian internet yang stabil dan juga perasaan teruja ingin tahu serta seukir senyuman!

    TERHAD KEPADA 20 PENYERTAAN SAHAJA

    DAPATKAN SEKARANG DI TALIAN: 0132000440

  • LUNCH BOX UNTUK PETUGAS COVID19 HRPZII

    LUNCH BOX UNTUK PETUGAS COVID19 HRPZII

    Baru-baru ni negara kita telah digemparkan dengan berita Covid19 yang melanda seluruh dunia. Mulai 18 MAC 2020, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia sehingga 14 April 2020.

    Ramai orang yang berehat dirumah bersama keluarga namun ada yang dikalangan “frontliner” terutamanya di hospital bertungkus lumus untuk membendung penyakit ini dari merebak dan merawat pesakit-pesakit yang telah positif Covid19.

    Dengan kerjasama Yayasan Kaseh Kanser & Kronik dan juga Maggi Tiram Pok Weil Min House Camp, mereka menyalurkan bantuan dengan mengedarkan ‘lunchbox’ secara percuma kepada ‘frontliner’ di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu sebagai tanda terima kasih atas pengorbanan mereka sepajang tempong berkurung ini.

    ‘Lunch Box’ yang disediakan adalah dibawa khas dari Restauran Maggie Tiram Pok Weil Min House Camp. Restauran ini baru beroperasi sepenuhnya dari awal Mac 2020 lalu di dalam kawasan Min House Camp. Melalui nama pun dah boleh teka, menu ‘Lunch Box’ ini semuanya berasaskan dari tiram.

    Min House Camp juga membantu dengan memberi ulam-ulaman yang ditanam secara organik. Semua ulaman ini dipetik segar.

    Seramai 371 pax telah menerima bantuan makanan ‘Lunch Box’ yang terdiri daripada jururawat, doktor, pemandu ambulans, pengawal keselamatan dan juga ‘cleaner’ hospital. Semoga bantuan ini dapat meringankan lagi beban kepada pegawai-pegawai ‘frontliner’ yang bertungkus lumus bekerja demi merawat pesakit Covid19 dan juga menghalang penyebaran penyakit Covid19 lagi meluas.

    Berminat untuk menempah makanan secara catering untuk frontliner? Kami boleh bantu. Hubungi kami di 0139225440 (Call / Whatsapp)

  • Madu Kelulut & Madu Lebah di Kelantan

    Madu Kelulut & Madu Lebah di Kelantan

    Min House Camp sememangnya sudah famous dengan memiliki kawasan sekitar yang cantik serta sesuai untuk semua peringat umur dah peringkat. Namun mungkin ada yang tidah tahu bahawa disana juga turut mempunyai sarang lebah kelulut. Pengunjung boleh datang ke sana melihat sarang kelulut yang disusun rapi dan juga melawat galeri kelulut yang mempunyai pelbagai infomasi tentang lebah. Untuk post yang kali ni, kami ingin kongsikan bahawa anda boleh dapatkan madu asli sama ada di restauran Maggi Tiram Pok Weil @ Min House Camp atau di kedai dan galeri lebah kelulut

    Harga sebotol bermula dari RM15, and boleh rujuk senarai penuh harga madu yang terdapat di sana seperti berikut:

    Kelulut
    220gram – RM85.00
    60gram – RM27.0

     

     

     

     

     

     

     

     

    Tualang
    220gram – RM45.00
    60gram – RM17.00

    Akasia
    220gram – RM45.00
    60gram – RM17.00

    Madu Tiga
    15gram – RM17

     

    Nak beli madu? Klik sini

    Sejarah lebah kelulut di� Min House Camp bermula sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu seorang profesor dari Sulawesi, Indonesia yang dikenali sebagai Andi Mappatoba Sila, telah berkunjung dan menginap di Min House Camp. Beliau merupakan pakar lebah dunia dan sepanjang tempoh menginap di MHC, beliau menceritakan kepada Wan Noriah Binti Wan Ramli atau lebih mesra dengan gelaran Kak Yah bahawa di sekitar MHC sendiri sangat sesuai untuk menternak lebah kelulut. Pada mulanya kak yah berasa kurang yakin kerana sebelum ini tiada pun sesiapa yang menternak lebah kelulut. Namun dengan keberanian dan perasaan ingin tahu, kakyah mula menceburkan diri dalam bidang penternakan kelulut dengan tunjuk ajar dari professor tadi.

    Gambar Andi Mappatoba Sila

    Sejak dari itu, bilangan sarang lebah kelulut makin bertambah di sekitar MHC. Kakyah mula mendapat idea untuk berkongsi tentang ilmu yang telah beliau pelajari kepada orang ramai. dan pada tahun itu juga, kursus pertama lebah kelulut di Malaysia telah dijalankan di Min House Camp sendiri dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Kelantan.

    Kak yah telah mengusahakan produk lebah kelulut sehingga berjaya memperolehi sijil Halal serta MESTI. Sijil-sijil tersebut boleh dilihat sendiri tergantung di dalam galeri kelulut di MHC.

     

    Sijil Halal dan MeSTI

    Disebabkan harga dan permintaan terhadap manu lebah kelulut terutamanya menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab telah menjual pelbagai produk madu yang telah dicampur dan tidak asli. Disebabkan hal ini, Kak yah telah mengambil keputusan untuk tidak melantik mana-mana pembekal untuk menjualkan produk madunya bagi menghalang mana-mana pihak mencuba untuk menghasilkan madu kelulut dan menggunakan logo Min House Camp tanpa izin.

    Anda tidak perlu risau tentang ketulenan madu hasil keluaran Min House Camp kerana madu kami sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari pelbagai universiti seluruh dunia untuk mengambil sampel madu MHC dan dijadikan sebagai bahan ujikaji. Pihak USM Kubang Kerian juga turut menggunakan madu dari MHC untuk membuat pelbagai kajian khususnya kepada perubatan alternatif pesakit kanser.

  • Hotel Murah Berhampiran Hospital USM Kubang Kerian

    Hi,

    Bagi pelawat yang mencari tempat tinggal murah berhampiran Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kelantan, kami sangat mengalu alukan anda untuk tinggal di Min House Camp

     

    Kemudahan yang kami sediakan

    1- bilik untuk 4 orang

    2- bilik untuk 9 orang

    3- bilik untuk 13 orang

    4- dorm

     

    Jadi, jika anda mencari tempat tinggal untuk kumpulan yang besar seperti hotel untuk majlis perkahwinan di Kota Bharu, Kelantan, boleh juga mencari kami.

    Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi kami di 0139225440 atau melawat website kami www.minhousecamp.com

  • Gambar – Gambar Terbaru Pelawat di Min House Camp

    Gambar – Gambar Terbaru Pelawat di Min House Camp

     

     

    Terima kasih kepada Kolej Komuniti Kok Lanas kerana mengadakan aktiviti di Min House Camp

  • MaTEx MENGIKTIRAF MIN HOUSE CAMP

    MaTEx MENGIKTIRAF MIN HOUSE CAMP

    [vc_row][vc_column][vc_column_text css_animation=”fadeInDown”]

    Anda boleh memilih sama ada untuk melakukan sesuatu dengan cara terbaik atau sambil lewa. Hanya satu perkara yang di kira iaitu hasil tindakan anda.

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”zoomIn”]

    Bukan mudah untuk mendapat perhargaan atau perhatian orang ramai dalam bidang perniagaan ini jika kita bukan orang yang ternama. Pelbagai usaha dan cara harus dilakukan untuk menaikkan nama syarikat di mata masyarakat. Min House Camp hanyalah sebuah syarikat kecil yang bercita-cita besar untuk menjadi antara tempat pelancongan yang menjadi target para pelancong asing.

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”zoomIn”]

    Masyarakat tidak nampak penah lelah , mereka hanya melihat kerjayaan dan perhargaan yang telah diberikan. Oleh itu, Min House Camp berusaha untuk mendapatkan sebanyak yang mungkin pengiktirafan daripada agensi luar agar menjadi sebuah syarikat kecil tetapi mempunyai nama yang besar.

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”zoomIn”]

    Antara penghargaan atau pengiktirafan yang telah diperolehi oleh Min House Camp termaskudlah daripada kerajaan Malaysia serta daripada ASEAN . ASEAN dan Malaysia telah memperakui Min House Camp sebagai sebuah tempat pelancongan yang mengamalkan konsep Green Hotel.

    [/vc_column_text][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:2|h_tablet:2|v_tablet:2|phone:1″ loading_effect=”scale_up” image_sizing=”resize” resized_image_dimensions=”5×3″ image_border_radius=”0px” image_decoration=”shadow” shadow_color=”rgba(0,0,0,0.25)” project_icon_border_width=”0px” include=”2154,2153″][vc_empty_space][vc_column_text css_animation=”zoomIn”]

    Malah, baru-baru ini Min House Camp telah mendapat pengiktirafan Malaysia Tourism Excellence (MaTEx) Business Certification�yang telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya.

    [/vc_column_text][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:2|h_tablet:2|v_tablet:2|phone:1″ loading_effect=”scale_up” image_sizing=”resize” resized_image_dimensions=”5×3″ image_border_radius=”0px” image_decoration=”shadow” shadow_color=”rgba(0,0,0,0.25)” project_icon_border_width=”0px” include=”2234,2236,2235,2233″][vc_empty_space][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_column_text css_animation=”zoomIn”]

    Min House Camp menyediakan pelbagai aktiviti yang mesra alam seperti berkayak, berkebun, melihat kelip-kelip dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga bilik penginapan yang mempunyai persekitaran yang hijau dan terbahagi kepada dua iaitu bilik moden yang dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik air berserta air panas dan bilik tradisional yang berhampiran dengan kebun organik Min House Camp.

    [/vc_column_text][vc_empty_space][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:1|h_tablet:1|v_tablet:1|phone:1″ loading_effect=”move_up” image_border_radius=”0px” project_icon_border_width=”0px” include=”1939″][vc_empty_space][vc_message css_animation=”shake”]

    Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pihak Min House Camp.

    [/vc_message][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/3″][vc_custom_heading text=”PERTANYAAN/TEMPAHAN” font_container=”tag:h2|font_size:18|text_align:center”][ult_dualbutton icon_link=”url:tel%3A%2B60139225440||target:%20_blank|” icon=”Defaults-phone” btn_icon_link=”url:https%3A%2F%2Fapi.whatsapp.com%2Fsend%3Fphone%3D60139225440%26text%3DAssalamualaikum%252C%2520saya%2520nak%2520tanya%2520mengenai%2520Min%2520House%2520Camp||target:%20_blank|” btn_icon=”icomoon-free-social-contact-16×16-whatsapp”][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_custom_heading text=”LIKE & FOLLOW” font_container=”tag:h2|font_size:18|text_align:center”][ult_dualbutton icon_link=”url:%20https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fminhousecamp||target:%20_blank|” icon=”Defaults-facebook-official” btn_icon_link=”url:https%3A%2F%2Fwww.instagram.com%2Fminhousecamp||target:%20_blank|” btn_icon=”fab fa-instagram” divider_text=”and”][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_custom_heading text=”MAKLUMAT LANJUT” font_container=”tag:h2|font_size:18|text_align:center”][ult_dualbutton icon_link=”url:https%3A%2F%2Fminhousecamp.com%2F||target:%20_blank|” icon=”fab fa-youtube” btn_icon_link=”url:https%3A%2F%2Fminhousecamp.com||target:%20_blank|” btn_icon=”Defaults-desktop”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_gmaps link=”#E-8_JTNDaWZyYW1lJTIwc3JjJTNEJTIyaHR0cHMlM0ElMkYlMkZ3d3cuZ29vZ2xlLmNvbSUyRm1hcHMlMkZlbWJlZCUzRnBiJTNEJTIxMW0xOCUyMTFtMTIlMjExbTMlMjExZDM5NjcuMzAwOTYxMTcxNjYzJTIxMmQxMDIuMjg4NjQ4ODE1MzM4OTYlMjEzZDYuMDkwMDk3NzI5NzM3OTcxNSUyMTJtMyUyMTFmMCUyMTJmMCUyMTNmMCUyMTNtMiUyMTFpMTAyNCUyMTJpNzY4JTIxNGYxMy4xJTIxM20zJTIxMW0yJTIxMXMweDMxYjZiYTg0OWM4MzM2ZWYlMjUzQTB4MTk4NTg3ZjEwNGE1MDdiZiUyMTJzTWluJTI1MjBIb3VzZSUyNTIwQ2FtcCUyMTVlMCUyMTNtMiUyMTFzZW4lMjEyc215JTIxNHYxNTY3OTE4MDg3ODU5JTIxNW0yJTIxMXNlbiUyMTJzbXklMjIlMjB3aWR0aCUzRCUyMjQwMCUyMiUyMGhlaWdodCUzRCUyMjMwMCUyMiUyMGZyYW1lYm9yZGVyJTNEJTIyMCUyMiUyMHN0eWxlJTNEJTIyYm9yZGVyJTNBMCUzQiUyMiUyMGFsbG93ZnVsbHNjcmVlbiUzRCUyMiUyMiUzRSUzQyUyRmlmcmFtZSUzRQ==” css_animation=”slideInLeft”][/vc_column][/vc_row]

  • MIN HOUSE CAMP DIIKTIRAF ASEAN

    MIN HOUSE CAMP DIIKTIRAF ASEAN

    [vc_row][vc_column][vc_column_text css_animation=”fadeInDown”]

    Dari mana datangnya inspirasi, dari visi turun ke kerja keras tanpa henti. Tak sedikit orang bervisi, tapi segelintir yang mampu menggerakkan banyak pribadi.

    —–Najwa Shihab—-

     

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”bounceIn”]

    Bukan mudah untuk mencapai sesuatu dengan hanya berharap dan menunggu. Puan Noriah atau lebih dikenali Kak Yah telah membangunkan sebuah tempat pelancongan dan hotel budget di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan pada tahun 2010 bersama keluarga beliau iaitu Min House Camp Sdn bhd.

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”bounceIn”]

    Nama Min House Camp bukanlah datang secara rawak tetapi nama ini diambil sempena nama anak beliau yang merupakan salah seorang anak istimewa iaitu Abdul Muhaimin bin Zanini.

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”bounceIn”]

    Malah, bukan sahaja Min House Camp telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan sebagai Green Hotel, tetapi Asean juga memberikan pengiktirafan yang sama.

    [/vc_column_text][vc_column_text css_animation=”bounceIn”]

    Hal ini wajar kerana Min House Camp menyediakan persekitaran yang hijau dan bebas bahan kimia serta udara yang nyaman. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang mesra alam dan berpatutan seperti Memanah, Berkayak, Madu Kelulut dan sebagainya.

    [/vc_column_text][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:3|h_tablet:2|v_tablet:2|phone:1″ loading_effect=”scale_up” image_sizing=”resize” resized_image_dimensions=”5×3″ image_border_radius=”0px” image_decoration=”shadow” shadow_color=”rgba(0,0,0,0.25)” project_icon_border_width=”0px” include=”2150,2167,2179,2060,1253,1214″][vc_empty_space][vc_column_text css_animation=”bounceIn”]

    Selain aktiviti, Min House Camp juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik penginapan yang murah dengan serendah Rm 50 untuk satu malam. Bilik penginapan yang disediakan di Min House Camp terdiri daripada Bilik Moden Dan Bilik Tradisional.

    [/vc_column_text][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:4|h_tablet:2|v_tablet:2|phone:1″ loading_effect=”scale_up” image_sizing=”resize” resized_image_dimensions=”5×3″ image_border_radius=”0px” image_decoration=”shadow” shadow_color=”rgba(0,0,0,0.25)” project_icon_border_width=”0px” include=”2147,2151,1027,1035″][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_empty_space][dt_gallery_masonry bwb_columns=”desktop:1|h_tablet:1|v_tablet:1|phone:1″ loading_effect=”move_up” image_border_radius=”0px” project_icon_border_width=”0px” include=”1939″][vc_empty_space][vc_message css_animation=”shake”]

    Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pihak Min House Camp.

    [/vc_message][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column width=”1/3″][vc_custom_heading text=”PERTANYAAN/TEMPAHAN” font_container=”tag:h2|font_size:18|text_align:center”][ult_dualbutton icon_link=”url:tel%3A%2B60139225440||target:%20_blank|” icon=”Defaults-phone” btn_icon_link=”url:https%3A%2F%2Fapi.whatsapp.com%2Fsend%3Fphone%3D60139225440%26text%3DAssalamualaikum%252C%2520saya%2520nak%2520tanya%2520mengenai%2520Min%2520House%2520Camp||target:%20_blank|” btn_icon=”icomoon-free-social-contact-16×16-whatsapp”][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_custom_heading text=”LIKE & FOLLOW” font_container=”tag:h2|font_size:18|text_align:center”][ult_dualbutton icon_link=”url:%20https%3A%2F%2Fwww.facebook.com%2Fminhousecamp||target:%20_blank|” icon=”Defaults-facebook-official” btn_icon_link=”url:https%3A%2F%2Fwww.instagram.com%2Fminhousecamp||target:%20_blank|” btn_icon=”fab fa-instagram” divider_text=”and”][/vc_column][vc_column width=”1/3″][vc_custom_heading text=”MAKLUMAT LANJUT” font_container=”tag:h2|font_size:18|text_align:center”][ult_dualbutton icon_link=”url:https%3A%2F%2Fminhousecamp.com%2F||target:%20_blank|” icon=”fab fa-youtube” btn_icon_link=”url:https%3A%2F%2Fminhousecamp.com||target:%20_blank|” btn_icon=”Defaults-desktop”][/vc_column][/vc_row][vc_row][vc_column][vc_gmaps link=”#E-8_JTNDaWZyYW1lJTIwc3JjJTNEJTIyaHR0cHMlM0ElMkYlMkZ3d3cuZ29vZ2xlLmNvbSUyRm1hcHMlMkZlbWJlZCUzRnBiJTNEJTIxMW0xOCUyMTFtMTIlMjExbTMlMjExZDM5NjcuMzAwOTYxMTcxNjYzJTIxMmQxMDIuMjg4NjQ4ODE1MzM4OTYlMjEzZDYuMDkwMDk3NzI5NzM3OTcxNSUyMTJtMyUyMTFmMCUyMTJmMCUyMTNmMCUyMTNtMiUyMTFpMTAyNCUyMTJpNzY4JTIxNGYxMy4xJTIxM20zJTIxMW0yJTIxMXMweDMxYjZiYTg0OWM4MzM2ZWYlMjUzQTB4MTk4NTg3ZjEwNGE1MDdiZiUyMTJzTWluJTI1MjBIb3VzZSUyNTIwQ2FtcCUyMTVlMCUyMTNtMiUyMTFzZW4lMjEyc215JTIxNHYxNTY3OTE4MDg3ODU5JTIxNW0yJTIxMXNlbiUyMTJzbXklMjIlMjB3aWR0aCUzRCUyMjQwMCUyMiUyMGhlaWdodCUzRCUyMjMwMCUyMiUyMGZyYW1lYm9yZGVyJTNEJTIyMCUyMiUyMHN0eWxlJTNEJTIyYm9yZGVyJTNBMCUzQiUyMiUyMGFsbG93ZnVsbHNjcmVlbiUzRCUyMiUyMiUzRSUzQyUyRmlmcmFtZSUzRQ==” css_animation=”slideInLeft”][/vc_column][/vc_row]

  • Krabat 4×4 Kelantan di Min House Camp

    Krabat 4×4 Kelantan di Min House Camp

    Pada 26 dan 27 Okt 2019, Krabat 4×4 negeri Kelantan telah berkampung selama 1 malam di Min House Camp. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah perbincangan aktiviti tahunan dan juga BBQ.

    Aktiviti ini bertujuan untuk mengeratkan silatuhrahim di antara kalangan ahli dan juga perbincangan berkaitan dengan 4×4.

    Krabat 4x4 di Min House CampKrabat 4x4 di Min House Camp