Mengenali Madu Asli Dan Madu Tiruan

Hati-Hati dengan Madu Palsu, Inilah 5 Cara Mudah Membedakan Madu ...

 

Berdasarkan kajian termasuk di Malaysia, Indonesia dan U.S.A menunjukkan bahawa hampir 80% madu yang beredar dipasaran adalah madu palsu .Madu asli sebenarnya sangat mudah diketahui dengan melihat dari sifat dan karakteristik fiziknya yang khas. Sayangnya dapat juga si penipu madu palsu untuk meniru sebagian dari sifat atau karakter fizik madu asli. Sehingga bagi kebanyakan orang sangat susah untuk mengetahui keaslian madu dengan melihat aspek fizikal atau luaran madu tersebut.

MADU ASLI

Madu asli mempunyai kandungan gula yang spesifik yang dapat mengubah sudut putaran cahaya terpolarisasi. Selain itu, madu asli juga bersifat menyerap air, jika madu dibiarkan terbuka pada tempat dengan kelembaban udara tinggi (high humidity) maka madu akan bertambah cair. Madu asli jika dituangkan ke dalam air suam tidak akan pecah atau air akan tetap jernih sebelum dikacau. Bagi madu yang sudah dicampur akan lebih cepat keruh.

Selain itu terdapat beberapa cara untuk mengenali madu asli;

  1. Menjadi seorang yang terbiasa dengan madu asli, akan lebih mudah untuk mengetahui ianya asli atau tiruan. Antara tanda madu asli hutan rasanya agak menyengat (tajam; keasidan agak tinggi) dan mempunyai bau wangi aroma dengan ciri-ciri tertentu. Madu asli ternak pula rasanya cuma manis sahaja dan kurang menyengat.
  2. �Melalui ujian makmal. Pengguna harus memastikan bahawa madu yang akan dibeli telah melalui ujian pengesahan kandungan dari institusi yang diiktiraf untuk memastikan tidak tertipu dengan madu tiruan. Jadilah pengguna yang bijak dan berhati-hati! Walaupun demikian madu tiruan tetap dapat dihasilkan melalui kaedah makmal, jadi ujian 1 dan 2 sangat penting diamalkan oleh pengguna.
  3. Ada gelang propolis/pollen di bahagian paling atas aras madu jika dibiarkan lama madu di dalam kemasan botol (khusus bagi madu asli segar yang telah dibiarkan > 1 minggu).
  4. � Menggunakan api: � sudu besar madu dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. Madu asli buihnya akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan (walaubagaimanapun tidak dapat dipastikan secara 100%).

MADU TIRUAN�

Madu tiruan meupakan jenis madu yang seakan sama dengan Madu Asli yang banyak dijual dipasaran negara kita. Menurut seorang pakar mengenai industri lebah dan madu yang ditemui, beliau mendakwa bahawa madu tiruan di Malaysia memonopoli pasaran tempatan antara 60-65%

Terdapat�2 jenis madu tiruan�di pasaran. Yang pertama ialah�Madu Lebah Tiruan (Sintetik)�yang dihasilkan daripada sirap berfruktosa tinggi melalui tindak balas asid pekat ke atas sirap sukrosa. Dan yang kedua pula ialah�Madu Lebah Campuran�yang dihasilkan melalui campuran madu lebah asli dengan sirap sukrosa.

DAPATKAN MADU ASLI DI MIN HOUSE�CAMP

Sejarah lebah kelulut di� Min House Camp bermula sejak tahun 2012 lagi. Ketika itu seorang profesor dari Sulawesi, Indonesia yang dikenali sebagai Andi Mappatoba Sila, telah berkunjung dan menginap di Min House Camp. Beliau merupakan pakar lebah dunia dan sepanjang tempoh menginap di MHC, beliau menceritakan kepada Wan Noriah Binti Wan Ramli atau lebih mesra dengan gelaran Kak Yah bahawa di sekitar MHC sendiri sangat sesuai untuk menternak lebah kelulut. Pada mulanya kak yah berasa kurang yakin kerana sebelum ini tiada pun sesiapa yang menternak lebah kelulut. Namun dengan keberanian dan perasaan ingin tahu, kakyah mula menceburkan diri dalam bidang penternakan kelulut dengan tunjuk ajar dari professor tadi.

kak yah (bertudung hijau) bersama� profesor�Andi Mappatoba Sila dan isterinya

Sejak dari itu, bilangan sarang lebah kelulut makin bertambah di sekitar MHC. Kak Yah mula mendapat idea untuk berkongsi tentang ilmu yang telah beliau pelajari kepada orang ramai. dan pada tahun itu juga, kursus pertama lebah kelulut di Malaysia telah dijalankan di Min House Camp sendiri dengan kerjasama Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Kak Yah telah mengusahakan produk lebah kelulut sehingga berjaya memperolehi sijil Halal serta MESTI. Sijil-sijil tersebut boleh dilihat sendiri tergantung di dalam galeri kelulut di MHC.

 

 

Sijil Halal dan MeSTI

Disebabkan harga dan permintaan terhadap manu lebah kelulut terutamanya menyebabkan ramai individu yang tidak bertanggungjawab telah menjual pelbagai produk madu yang telah dicampur dan tidak asli. Disebabkan hal ini, Kak yah telah mengambil keputusan untuk tidak melantik mana-mana pembekal untuk menjualkan produk madunya bagi menghalang mana-mana pihak mencuba untuk menghasilkan madu kelulut dan menggunakan logo Min House Camp tanpa izin.

Anda tidak perlu risau tentang ketulenan madu hasil keluaran Min House Camp kerana madu kami sering menjadi tumpuan pelajar-pelajar dari pelbagai universiti seluruh dunia untuk mengambil sampel madu MHC dan dijadikan sebagai bahan ujikaji. Pihak USM Kubang Kerian juga turut menggunakan madu dari MHC untuk membuat pelbagai kajian khususnya kepada perubatan alternatif pesakit kanser.

Jenis Madu Yang Terdapat Di MHC

1. Kelulut

2. Tualang

3. Akasia

4. Madu Tiga�

 

 

ine coins – make money:�http://bit.ly/money_crypto

Latest Posts