8 Aktiviti Menarik Kota Bharu � Min House Camp (Part 1)

Assalamualaikum & Hi!

Hari ini saya akan share mengenai aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Min House Camp yang terletak di Kubang Kerian, Kota Bharu. Saya akan share 4 aktiviti dahulu dan next entry saya akan ceritakan lagi 4 okay. Harga untuk setiap aktiviti adalah Rm10/pax tetapi bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 31/8/2020 ni, harga aktiviti hanya Rm5/pax. Jom!

Berkayak

Aktiviti berkayak adalah salah satu aktiviti yang popular dekat Min House Camp, Kelantan. Dengan bayaran seperti yang dinyatakan,�� pengunjung boleh berkayak selama 1 jam di Sungai Pengkalan Datu. Sebelum berkayak, pengunjung akan diberikan taklimat keselamatan dan peraturan oleh guide kami dan akan diajar cara-cara basic untuk berkayak. Tak susah, main 5 minit dah boleh tangkap cara belok kiri kanan. Life vest akan diberikan kepada setiap peserta dan tidak dibernarkan utuk tanggal life vest ya sepanjang berkayak. Tidak dibenarkan juga berenang kuak lentang di dalam sungai ini. Tengok betapa bestnya berkayak ni dalam gambar tu, sambil berkayak sambil bersembang. Haha.

 

Jika nak berenang jom kumpulkan sekurang-kurangnya 20 orang dan kita pergi berkayak 6km pergi dan balik. Selalunya trip ini akan mengambil kira-kira 3-5 jam dan bayaran adalah Rm30/pax. Boleh berkayak, mencari lokan dan mandi sungai! 3 in 1 kan? Siapa kata air je ada 3 in 1.

Memanah

Ni la Min, dia pun reti memanah tau. Muka rileks je kan Min memanah? Sebab dia dah biasa dah main memanah ni. Sesiapa yang nak memanah boleh ke sini, kami akan sediakan guide yang memang mahir memanah. Dia akan ajar dari kedudukan siku, tangan, jari dan macam-macam lagi untuk memegang arrow dan shoot ni. Dari shoot target hinggalah shoot kambing di sini. Haha okay tu tipu.

 

Memanah ni memerlukan fokus dan teknik memegang bow dan arrow dengan betul untuk hit target yang diletakkan. Pengunjung boleh memanah selama 1 jam. Tak kisah berapa arrow pun shoot selama 1 jam tu. Boleh kata unlimited arrow janji dalam masa 1 jam dengan harga yang dinyatakan dekat atas sekali tadi. Murah kan? Jom memanah di Min House Camp.

Mencari lokan

Siapa kenal lokan? Lokan adalah sejenis haiwan bercengkerang yang hidup di dalam selut. Untuk mencari lokan, pengunjung perlu turun sendiri ke dalam selut dan mencari menggunakan tangan. Pengunjung akan turut diberikan taklimat dan peraturan-peraturan mencari lokan seperti kena tanggalkan jam dan lain-lain. Saiz lokan yang boleh diambil dan yang harus dilepaskan semula juga akan turut diberitahu kerana lokan yang bersaiz besar diperlukan untuk tujuan pembiakan untuk memastikan lokan tidak pupus. Jangan risau k kerana guide akan tunggu dari awal hingga akhir. �Bila lagi nak bermain dengan selut kan? Sambil bermain dengan selut dapat mencari lokan sekali. Ni la orang kata �sambil menyelam minum air�.Lokan yang dah dapat tu nak buat apa? Terpulang sama ada nak rebus dan terus makan di sini sambil cicah sos di dining area kami atau pun bawa balik untuk makan di rumah ? . Pengalaman mencari lokan ni akan membuatkan kita lebih menghargai hasil yang kita peroleh dengan susah payah.

Mengenali dan merasai Madu Kelulut

Sebelum ni dah cerita tentang penternakan lebah kelulut di Min House Camp. Selain diternak untuk mendapatkan madu, kami turut menjadikan penternakan lebah kelulut sebagai satu bentuk pembelajaran kepada pengunjung kami. Guide yang mengiringi akan membawa pengunjung untuk melihat bunga-bunga yang menjadi makanan kelulut dan berkongsi serba sedikit mengenai lebah kelulut secara amnya.Beberapa koloni lebah kelulut akan dibuka untuk melihat keunikan sarang kelulut dan seterusnya merasai madu dari dalam sarang. Lain koloni lain rasa madu tau. Kenapa? Datang sini dan saya akan kongsikan jawapannya. Agak-agak madu kelulut ni manis ke tak? Nak tahu datanglah sini dan join aktiviti ni. Jom!

ingin tahu lebih lanjut tentang madu? Boleh baca di blog ini atau hubungi kami di 0139225440

Untuk baki lagi 4 aktiviti saya akan kongsikan dalam entry seterusnya. Semua aktiviti ni best tau! Nantikan.

Latest Posts