GALERI LEBAH KELULUT & KOLEKSI MADU SATU DUNIA

koleksi madu kelulut di malaysia

Seperti yang dijanjikan! Hari ni jom terjah masuk Galeri Lebah Kelulut kami yang ada macam-macam info tentang lebah kelulut itu sendiri. Galeri Lebah Kelulut ni sebenarnya adalah rumah mak kepada Kak Yah (tuan punya Min House Camp). Dalam galeri ni ada buku-buku tentang madu, ada gambar-gambar yang berkaitan dengan lebah kelulut dan award-award yang telah kami terima. Kenalah tunjuk barulah orang yakin, tak gitu? Kami juga letak berpuluh-puluh koloni lebah kelulut dalam rumah ni. Senang sambil explain dekat tetamu terus zasss bukak koloni untuk tunjuk contoh dengan lebih dekat.

Tok Guru Nik Aziz melawat galeri Min House Camp di Kelantan, Malaysia

Galeri ni juga tujuannya adalah untuk educate pelajar-pelajar tadika, sekolah dan mereka-mereka yang berminat. Macam bagi pengenalan awal. Kami akan beritahu yang asas sahaja, nak beritahu banyak banyak nanti jadi kelas pulak bukan tour. Bagi sesiapa yang memang minat boleh masuk kelas di bawah Jabatan Pertanian.

koleksi madu dunia lebah kelulut

Dalam ni juga ada koleksi madu-madu satu dunia! Madu-madu ni datangnya dari pelancong yang datang untuk belajar dan tengok sendiri lebah kelulut dan mereka bagi madu yang dari negara mereka sebagai hadiah. Dan kami pun beri madu lebah kelulut kami kepada mereka. Macam tukar-tukar hadiah zaman sekolah dulu kan, yang ada syarat hadiah mesti sekian-sekian RM ke atas. Curious tengok koleksi madu-madu ni, macam mana rasa dia tapi nak bukak tak berani. Simpan niat kemas-kemas dalam hati. Kalau ada yang tolong kami tambah koleksi ni memang dibentangkan karpet merah. Heheheh.

koleksi madu dari eropah di kelantan, Malaysia

Galeri ni pun buka hari-hari dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Ada masa terluang dan tak tahu nak buat apa? Datang Min House Camp jom!

Nak datang ke sini bukannya susah pun, google maps kan ada. Korang follow je. Kalau berminat, boleh hubungi 0139225440 @ whatsapps atau lawati website Min House Camp.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Latest Posts