Bagi yang konfius dengan nama onde-onde ni, nama popular adalah kuih buah melaka. Dekat Kelantan ada juga orang panggil dengan nama Buoh Kekoh Chaa. Jadi jangan pelik pulak. Hehe. Selalunya dekat kedai, harga kuih ni dalam 3 biji untuk Rm1. Kalau sejenis yang fevered kuih onde-onde ni gigih jugakla berhabis untuk beli kuih ni selalu. Kalau buat sendiri boleh makan sampai pengsan. Jangan risau, kami boleh ajar dan uniknya dekat sini kami masih guna peralatan tradisional untuk buat kuih ni seperti kisar beras dan kukur kelapa. Susah nak jumpa peralatan tradisional macam ni sekarang.
� � �
Sambil kukur nyo bak kata orang Kelantan, bolehlah ambil kesempatan untuk berkenalan macam abang ni, hehe. Aktiviti ni seronok sekiranya buat secara berkumpulan, baru riuh dan hasilnya nanti boleh makan sama-sama.
Kalau ada yang rasa nak jadikan aktiviti ni sebagai pertandingan antara kumpulan pun boleh, tengok siapa punya paling sedap tak pun hiasan siapa paling cantik. Hiaslah sampai rasa onde-onde kumpulan awak paling cantik, paling daboom orang kata. Ikut kreativiti ikut kata hati. Jangan tiru hiasan kumpulan lain dah la, plagiat namanya.haaaa.
Aktiviti ni memerlukan tempahan awal untuk kami sediakan bahan-bahan. Bahan fresh baru kuih sedap! Jumlah peserta kami cadangkan sekurang-kurangnya 10 orang untuk bagi meriah dan happening. Charge hanya Rm10/pax sahaja. Jom cuba!
Hubungi kami di 0139225440 sekarang atau melalui website www.minhousecamp.com