Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK)

Assalamualaikum & hai semua..

 

Untuk kali ini kenapa saya highlightkan Persatuan Sindrom Down Negeri Kelantan (PSDNK) pulak. Min House Camp dah tukar nama ke?

Sebabnya Min House Camp adalah pusat berdaftar bagi PSDNK dan Kak Yah sendiri (owner MHC) adalah pengerusinya. Kan saya dah kata Kak Yah ni busy orangnya. Kak yah ni sangat komited dengan PSDNK ni dan banyak menjalankan aktiviti untuk expose mereka dengan dunia luar. Banyak aktiviti yang mereka lakukan untuk melatih golongan Sindrom Down (SD) dan keluarga mereka. Anak bongsu Kak yah yang merupakan seorang Sindrom Down membantu dalam menjadi guide kepada peserta-peserta SD sebab dah banyak pengalaman menjalankan aktiviti di sini.

Min (belakang)

Pelbagai aktiviti diadakan di MHC untuk latihan motor halus dan kasar mereka seperti berkayak, mencari lokan, memanah dan bermacam-macam lagi. Boleh kata semua aktiviti yang terdapat di sini mereka pernah cuba. Best kan? Selain bergembira, mereka akan dapat menggilap skil berkomunikasi, belajar berkongsi dan ibu bapa dapat bergaul mesra dan bertukar pendapat ? setiap aktiviti ini pihak MHC sediakan guide, jangan risau. Meh saya sertakan beberapa gambar aktiviti mereka. Semua aktiviti ni best tau!

 

Fish scooping (boleh bawa balik ikan)� � � � � � � � � � � � � � � � � � � �Berkebun� � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � � �Memanah

Mereka juga pernah ke Thailand dan Singapura tau. Saya tahu la saya meleleh air mata teringin nak ikot. Selain bertujuan untuk melancong, mereka sebenarnya ke sana untuk mempelajari bagaimana persatuan di sana menjana pendapatan dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan istimewa.

Thailand:

  1. Lawatan ke Pattani-Panya School

 

2. Dinosaur Park

 

Singapura

  1. Enabling Village

 

 

 

 

 

 

 

Malah, latihan ini juga memberikan pengalaman baharu kepada golongan SD yang rata-ratanya tidak pernah menaiki kapal terbang dan travel bersama-sama dengan kawan-kawan mereka. Mereka juga memerlukan pendedahan dan mahu merasai pengalaman seperti orang lain.

 

Memang banyak aktiviti mereka jalankan, sekiranya ada yang berminat untuk join di bawah PSDNK atau nak mendaftar ahli baharu PSDNK boleh hubungi Kak Yah di 0139228440.

Latest Posts