Harga Promosi Hotel Kota Bharu (Min House Camp) Sempena PKPP

Assalamualaikum & HI!

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ni, Min House Camp menawarkan harga promosi untuk kesemua bilik penginapan dan aktiviti di sini! Jom datang ke sini dan merasai kelainan menginapan di Min House Camp yang dikelilingi pokok-pokok dan haiwan-haiwan comel seperti ayam, itik, kucing dan lain-lain. Kanak-kanak mesti suka!

Harga promosi yang kami tawarkan memang rendah dengan potongan sehingga 50%!

 

Seperti yang kita dapat lihat dalam dalam poster di atas, kami mempunyai 3 jenis penginapan iaitu untuk 4 orang, 6 orang dan 9 orang. Kami faham saiz famili di malaysia ni pelbagai so kt raikan semua. Bilik-bilik penginapan di sini memang sesuai untuk penginapan keluarga. Untuk setiap jenis penginapan ada 2 unit. Contohnya ada 2 unit penginapan untuk 6 orang dan seterusnya. Boleh bayang tak?

Saya sertakan sekali dengan gambar-gambar di dalam bilik penginapan, jemput tengok 🙂

Chalet 1 bilik (Sagu)

Chalet ni namanya Sagu. Ada 2 unit dan setiap unit boleh memuatkan maksimum 4 orang. Tandas ada hot shower dan bilik aircond. Harga? RM60 sahaja satu malam. Murah kan?

Chalet 2 bilik (6 orang)

Chalet ini pulak namanya Nibong. Ada 2 unit jugak dan setiap unit boleh memuatkan maksimum 6 orang. Kalau datang 12 orang elok sangat ambil kedua-dua unit ni. Dalam chalet ini ada 2 bilik yang mana dalam bilik pertama ada 1 queen bed dan 1 single bed. Dalam bilik kedua pula ada 3 single bed. Tandas hot shower dan bilik fully aircond. Harga RM 90 sahaja satu malam. Murah sangat ni!

Bilik pertama

Bilik kedua

Chalet 3 bilik (9 orang)

Chalet untuk 9 orang ni kami panggil Pinang. Bukan bertujuan untuk meminang sesiapa. Hahah. Chalet ini ada 3 bilik dan 2 bilik air, 1 bilik air di dalam bilik master (1 queen bed dan 1 single bed) dan 1 lagi bilik air di luar. Bilik pun fully aircond dan tandas hot shower juga. Harga hanya RM120 sahaja satu malam. Murahnya lahai!

Bilik pertama

Bilik kedua

Bilik ketiga

Meh saya senaraikan kelebihan menginap di sini:

-Bilik aircond

-Hot shower

-Wifi laju

-Boleh memasak di dining (pemandangan tepi sungai okay dining ni)

-Ada miaw (tiberr tapi tak pernah lagi orang tak geram dengan ikon kucing harapan Min House Camp ni nama miaw)

-Parking dekat depan bilik je tau, tak payah jalan jauh2. Tenaga extra tu simpan untuk buat aktiviti yang ada dekat sini pulak.

-Hanya 5 km ke Kota Bharu (ada foreigner jalan kaki je pergi Kota Bharu, maklumlah mereka memang minat berjalan kaki)

-1.5 km ke Hosital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kolej Jururawat HUSM

-8 aktiviti boleh buat dekat sini!

-Dalam 5-30 minit untuk ke:

  • Lapangan terbang PC
  • Bandar Kubang Kerian
  • Bandar Kota Bharu
  • Hospital Pakar KBMC
  • Hospital Raja Perempuan Zainab II
  • Wakaf Che Yeh
  • Pasar Siti Khadijah
  • Pantai Senok
  • Pantai Irama

Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi kami di 0139225440 🙂

 

Call, whatsapp semua pun boleh, kito mudoh baso boh 😀

Latest Posts