8 Aktiviti Menarik Kota Bharu � Min House Camp (Part 2)

Hi semua,

Seperti yang dijanjikan saya akan sambung lagi 4 aktiviti best yang boleh dilakukan di Min House Camp, Kubang Kerian, Kota Bharu. Harga adalah Rm10/pax untuk setiap aktiviti tetapi bersempena dengan PKPP (sehingga 31/8/2020) kami menawarkan harga promosi Rm5/pax untuk setiap aktiviti. Wow kan? Jom!

Melihat kelip-kelip

Dekat Kelantan pun ada tau tempat untuk melihat kelip-kelip. Aktiviti kelip-kelip adalah popular di Min House Camp dalam kalangan pengunjung dalam dan luar negara. Kelip-kelip yang terdapat di sini adalah dari spesis yang berbeza dengan yang terdapat di Kampung Kuantan, Selangor. Spesis yang terdapat di sini SungaI Pengkalan Datu, Min House Camp berkelip dengan rentak yang sama. Rasa macam tengok pokok Krismas tau! Pengunjung akan diiringi oleh guide yang akan memberikan penerangan serba sedikit mengenai kelip-kelip. Contohnya habitat kelip-kelip, kitaran hidup dan perbezaan mengenai kunang-kunang dan kelip-kelip. Tahu tak apa perbezaan kunang-kunang dan kelip-kelip? Jom datang sini dan dapatkan jawapan. Hehe.

Pengunjung dari luar negara yang datang untuk melihat kelip-kelip

Trip kelip-kelip di Min House Camp akan bermula jam 8 malam dan anggaran masa setiap trip adalah 40 minit. Pengunjung dinasihati untuk datang sebelum jam 8.30 malam kerana semakin lambat, jumlah kelip-kelip semakin berkurangan.

Tips untuk melihat kelip-kelip:

  • Bulan tidak mengambang / tidak cerah
  • Bukan musim tengkujuh
  • Tidah hujan atau berangin kuat pada malam itu

Membuat kuih tradisional (onde-onde)

Min House Camp menyediakan kelas memasak kuih onde-onde. Dalam proses membuat kuih buah melaka atau dikenali sebagai kuih onde-onde oleh masyarakat Kelantan ni, pengunjung akan diajar menggunakan peralatan tradisional seperti pengisar beras dan kukur kelapa atau kukur nyior. Kami menyediakan guide yang akan menjadi memberikan tunjuk ajar dan dari awal hingga akhir, dari mengisar beras ke menguli tepung ke kukur kelapa sampai siap kuih onde-onde yang sedap. Kalau follow steps yang kami ajar mesti menjadi!

Belaja cara-cara kukur kelapa menggunakan kukur nyior ni

Kami menggunakan daun pandan sebagai pewarna hijau onde-onde. Blend dan tapis. Kami tidak menggunakan pewarna sintetik kerana rasa kurang umph! Tidak kena dengan prinsip kami yang mahu menggunakan bahan-bahan natural sebanyak mungkin.

kukur lagi! Siapa cepat memang!

Aktiviti ini amat sesuai dijadikan sebagai aktiviti berkumpulan dan keluarga. Makin ramai, makin meriah!

Kebun Organik & Aquaponik

Min House Camp mempunyai 2 Kebun organik. Satu menggunakan teknik Permaculture dan satu lagi menggunakan Teknik No-Dig Garden. Saya akan membuat entry khas untuk explain kedua-dua cara ini. Tunggu ya. Kami tidak menggunakan sebarang bahan kimia dalam membaja atau menghalau serangga perosak. Semua buat menggunakan bahan-bahan semula jadi. Menarik kan? hasil dari kebun di Min House Camp inilah yang akan dihidangkan kepada tetamu kami. Kami kongsikan apa yang ada kepada yang hadir ke Min House Camp. Malah, tetamu kami mempunyai pilihan untuk memetik sendiri ulam-ulaman atau kami yang tolong petikkan. Boleh petik yang mana berkenan di hati.

Hasil dari kebun organik kami adalah untuk tetamu kami

Selain kebun organik, kami turut mempunyai sudut Aquaponik. Sebab? Kak yah dan suaminya memang minat berkebun dan menanam. Tanam je jadi. Campak je tumbuh. Aquaponik adalah satu gabungan antara hidroponik dan aquakultur. Atas ada sayur, bawah ada ikan. Ikan memberi baja kepada sayur dan sayur merawat air supaya air yang bersih akan kembali kepada ikan. Dapat 2 in 1 iaitu ikan dan sayuran. Sayuran di sistem aquaponik ni amatlah subur sampai kami memang tak dapat habiskan sendiri.

Ni masa baru sayuran aquaponik ni nak tumbuh

Ni selepas, merimbun kan? Sayur pun sihat!

Kraftangan tradisional (biji beluru)

Kraftangan yang akan dihasilkan di Min House Camp oleh pengunjung kami adalah daripada biji beluru. Pokok Beluru yang terdapat di sini adalah berusia lebih 100 tahun! Kraftangan yang dihasilkan akan dapat dibawa pulang sebagai kenang-kenangan. Dalam penghasilan kraftangan ini, skil motor halus dan kasar diperlukan dan oleh sebab itu kami amat menggalakkan kanak-kanak untuk join aktiviti ini ?

Orang dewasa pun boleh juga. Amat dialu-alukan.

Lepas siap boleh bawa balik

Kalau nak tahu, orang-orang dulu menggunakan kayu daripada pokok ni untuk menghasilkan sabun tau. Kak Yah kata kalau nak hari raya atau pergi kenduri beliau akan mandi dengan menggunakan sabun daripada kulit kayu Pokok Beluru.

 

Kesemua aktiviti yang saya terangkan di atas boleh dilakukan pada setiap hari mengikut keadaan cuaca. Marilah berkunjung ke Min House Camp, Kubang Kerian, Kelantan untuk melakukan aktiviti-aktiviti untuk mengisi masa dan beriadah. Untuk melihat 4 aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Min House Camp, Kubang Kerian boleh klik sini Sebarang pertanyaan atau nak booking aktiviti boleh hubungi kami di 0139225440. Jom!

Latest Posts