Dari mana datangnya inspirasi, dari visi turun ke kerja keras tanpa henti. Tak sedikit orang bervisi, tapi segelintir yang mampu menggerakkan banyak pribadi.
—–Najwa Shihab—-
Bukan mudah untuk mencapai sesuatu dengan hanya berharap dan menunggu. Puan Noriah atau lebih dikenali Kak Yah telah membangunkan sebuah tempat pelancongan dan hotel budget di negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan pada tahun 2010 bersama keluarga beliau iaitu Min House Camp Sdn bhd.
Nama Min House Camp bukanlah datang secara rawak tetapi nama ini diambil sempena nama anak beliau yang merupakan salah seorang anak istimewa iaitu Abdul Muhaimin bin Zanini.
Malah, bukan sahaja Min House Camp telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pelancongan sebagai Green Hotel, tetapi Asean juga memberikan pengiktirafan yang sama.
Hal ini wajar kerana Min House Camp menyediakan persekitaran yang hijau dan bebas bahan kimia serta udara yang nyaman. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti yang mesra alam dan berpatutan seperti Memanah, Berkayak, Madu Kelulut dan sebagainya.
Selain aktiviti, Min House Camp juga menyediakan kemudahan lain seperti bilik penginapan yang murah dengan serendah Rm 50 untuk satu malam. Bilik penginapan yang disediakan di Min House Camp terdiri daripada Bilik Moden Dan Bilik Tradisional.