Min House Camp merupakan salah satu tempat penginapan yang menyediakan dewan tertutup untuk pelbagai kegunaan antaranya :
Meeting
Kem Motivasi
Kursus
Hiburan
Dewan serbaguna ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas yang diperlukan seperti speaker, microphone, aircond, projector, slide, kipas, lampu, PA sistem dan lain-lain. Untuk kemudahan boleh diminta semasa penempahan dibuat. Di samping itu, harga sewaanya juga berbaloi iaitu RM 100/jam.
Malah, Min House Camp juga menyediakan pelbagai aktiviti yang mesra alam dan boleh dilakukan dalam kumpulan yang ramai seperti berkayak, belajar habitat lebah kelulut, mencari lokan, memanah, kelas memasak dan sebagainya. Semakin banyak aktiviti yang dilakukan semasa berkurang jumlah yang perlu dibayar.