Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar masakan melayu tradisional dengan peralatan tradisional boleh berkunjung ke Min House Camp. Disini anda boleh belajar memasak kuih tradisional Melayu iaitu, Onde-onde.
Min House Camp menyediakan peralatan tradisional kepada peserta seperti pengukur kelapa untuk digunakan mengukur kelapa. Sememangnya berbeza sekali pengalaman menggunakan pengukur kelapa dengan mesin kelapa yang ada sekarang. Anda pasti akan mendapat pengalaman dan ilmu baru kerana menggunakan pengukur kelapa memerlukan cara atau teknik yang betul.
Jangan risau !!!
Terdapat guide yang berpengalaman dan terlatih yang akan mengajar dan membimbing anda sepanjang kelas memasak ini. Di ingatkan agar berhati-hati ketika menggunakan alat pengukur kelapa kerana ia boleh mendatangkan kecederaan kepada peserta.