Nak cari tempat untuk lawatan belajar bukannya senang lebih-lebih lagi dengan buget yang terhad. Bawak ke tempat yang murah takut aktiviti tidak berbaloi. Nanti kesian budak-budak ni sbb tak banyak yang belajar nanti.
Bukannya takde tempat yang murah dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan, cuma korang je yang belum jumpa. Begitu ruginya kalau tidak mengetahui kewujudan Min House Camp.
Min House Camp menyediakan pakej untuk para pelajar tadika iaitu Little Farmer Education. Harganya murah sgt…….. semurah-murah cinta kita….hihihi….
Dengan hanya RM25/pax, para pelajar tadika yang comel belake ni boleh melakukan 5 aktiviti di Min House Camp. Barbaloi kn. Mesti la berbaloi 5 aktiviti kot, bukannya 3 aktiviti. Antara aktiviti yang akan dilakukan ialah
- Melawat kebun organik sambil melihat haiwan peliharan seperti arnab
- Menanam sendiri pokok organik
- Membuat permainanan tradisional iaitu yoyo
- Belajar habitat dan mencuba madu kelulut yang segar di Min House Camp
- Menangkap ikan di dalam kolam
Sudah berpuluh-puluh buah tadika yang datang ke sini, tadika anda bila lagi. Jom ke Min House Camp.