Reunion bersama bekas rakan sekelas adalah suatu yang mengembirakan. Mesti best kan dapat berjumpa dengan orang yang telah bersama kita selama 3-4 tahun sepanjang pembelajaran untuk dapatkan sekeping sijil tidak kira diploma mahupun degree.
Ini lebih bermakna jika kita dapat melakukan aktiviti bersama-sama setelah kian lama tidak berjumpa. Di Min House Camp, anda dapat melakukan pelbagai aktiviti tradisional bagi mengembalikan nostalgia ketika zaman muda.
Antara aktiviti yang dapat kita lakukan adalah memasak kuih tradisional mengunakkan alatan tradisional yang disediakan seperti pengukur kelapa. Malah, mengenali lebah kelulut, berkayak, memanah , melihat kelip-kelip di malam hari dan pelbagai lagi.