Ingin belajar ilmu tanaman organik ?
Meminati kebun organik ?
Mencari tunjuk ajar untuk memulakan tanaman organik di rumah ?
Jika anda mempunyai keinginan dan minat terhadap tanaman organik atau tanaman tanpa bahan kimia, anda boleh datang ke Min House Camp. Di sini anda akan diajar tentang cara-cara yang betul untuk menanam tumbuhan organik ini. Guide kami merupakan seorang yang berpengalaman luas tentang tanaman ini. Lihat lah hasil daripada jagaannya.
Cantikkan. Mestilah cantik kerana beliau telah berpuluh-puluh tahun menanam pokok atau tumbuhan organik di Min House Camp.
Anda boleh belajar tentang tanaman organik di Google atau Youtube tetapi hanya 50% sahaja yang akan anda faham kerana tidak semua benda kita boleh belajar di alam maya. Hal ini sama seperti Al-Quran, kita tidak boleh belajar membaca Al-Quran tanpa guru jika tidak kita belajar dengan syaitan.