Pernah ke dengar tentang buah beluru ? Penulis yakin sangat mesti ramai yang tak kenal sebab penulis pun sebelum ni tak pernah dengar mahupun tengok buah ni sebelum datang ke Min House Camp .
Min House Camp menyediakan aktiviti kraf tangan iaitu membuat yoyo tradisional dengan menggunakan buah beluru ni. Mesti korang pelik kan. Macam mana nak buat yoyo mengunakan buah beluru. Jangan pelik dan bingung�.nanti stress nah tengok gambar di bawah.
Nak main yoyo ni ada caranya tak boleh main bedal je. Nak bagitahu kat sini susah, korang kena tengok dengan sendiri cara membuat dan mainnya.
Nak buah yoyo ni bukannya susah macam cara mainnya, tebuk je 2 lubang macam dapat gambar pahtu ambik tali masukkan ke dalam lubang yang ditebuk. Faham tak ? Kalau tak faham apa kata datang ke Min House Camp dan mencubanya sendiri dengan bantuan guide profesional daripada pihak Min House Camp yang merupakan juara dunia pertandingan yoyo buah beluru ni. hehehehe..gurau je..
Malah terdapat aktiviti lain seperti lebah kelulut, tanaman organik, menangkap ikan , melawat haiwan ternakan dan lain-lain. Kesemua aktiviti ini buat diboleh dalam satu pakej. Nak tau pakej apa boleh hubungi 013-9225440 atau whatsapps.