Nak buat lawatan belajar bersama pelajar sekolah rendah tetapi mempunyai kos yang terhad? Min House Camp menyediakan pelbagai aktiviti yang besesuian untuk golongan sekolah rendah dan tadika. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah pembelajaran berkaitan lebah kelulut, menanam tanaman organik, berkayak, dan kelas memasak tradisional.
Di kelas memasak ini, pihak Min House Camp akan mengajar tentang masakan kuih tradisional melayu iaitu kuih onde-onde juga dikenali buah melaka. Pihak Min House Camp memperkenalkan masakan ini kerana ingin anak-anak muda tidak lupa masakan tradisional nenek moyang kita . Kita harus memastikan generasi kini tidak hanyut dengan arus kemodenan.
Untuk memasak Onde-Onde tidak susah pun, kita hanya memerlukan air pandan, kelapa, air suam dan beras pulut. Kerana ingin mengekalkan tradisional kuih ini, Min House Camp menyediakan pengukur kelapa untuk hasilkan kelapa parut secara tradisional. Jarang tau ada tempat yang menyediakan pengukur kelapa macam di Min House Camp ini.
Malah, aktiviti ini juga boleh dijadikan sebagai pertandingan antara kumpulan masing-masing seperti masakan onde-onde yang paling sedap dan menarik bentuknya.
Jika berminat untuk melakukan aktiviti memasak kuih tradisional ini boleh kunjungi Min House Camp dan hubungi 013 9225440 atau whatsapps. Aktiviti ini memerlukan tempah awal untuk penyediaan bahan-bahan masakan.