Pelancong luar sering berkunjung ke kawasan pasar, tempat makan menarik, destinasi bersejarah dan kawasan pantai di negeri yang digelar Serambi Mekah iaitu Kelantan. Malah, terdapat segelintir yang gemar mencuba aktiviti-aktiviti yang ekstrem seperti mendaki gunung, berkayak dan lain-lain.

Majoriti pelancong suka pergi ke kawasan kampung dan pendalaman untuk mencari kelainan kerana kawasan kampung kurang terdedah terhadap arus kemodenan dan mengekalkan adab dan tradisi datuk nenek moyang. Oleh itu, Min House Camp sering menjadi tumpuan pelancong kerana mengamalkan konsep �Green Hotel� dan persekitaranya yang semulajadi selain menyediakan aktiviti mesra alam seperti berkayak.
Untuk berkayak di Min House Camp sangat berbaloi dan berpatutan dengan harganya iaitu RM 10/ per person. Kos ini termasuk dengan sewa kayak, pengayuh dan jaket keselamatan. Aktiviti rekreasi ini juga menjadi pilihan para pelajar USM kerana tempat ini berada berdekatan dengan kampus USM dan Hospital USM pada hujung minggu. Hal ini kerana waktu yang sesuai untuk berkayak adalah pada waktu pagi ketika air pasang.