Kepada sesiapa yang tengah atau akan mencari dewan/tempat untuk dijadikan sebagai meeting, perjumpaan, aktiviti perasmian,� kursus dan urusan lain yang memerlukan ruang yang luas boleh menyewa dewan yang terdapat di Min House Camp.
Dewan ini dilengkapi dengan segala kemudahan yang di inginkan seperti penghawa dingin, PA sistem, LCD dan lain-lain. Persekitan dewan yang segar, dikelilingi tumbuhan hijau dan berhampiran sungai amat sesuai untuk diadakan kursus, meeting dan aktiviti lain-lain. Malah terdapat juga bilik penginapan yang disediakan di Min House Camp di samping aktiviti lebah kelulut, kayak, memanah, kebun organik dan macam-macam lagi aktiviti yang mesra alam.
Disamping itu, tempat makan yang sangat luas juga disediakan berserta makanan jika inginkan makanan disediakan oleh Min House Camp. Dewan ini boleh disewa dengan harga RM 100/ jam. Sangat disarankan untuk menempah awal dewan ini sebelum digunakan kerana dewan ini tersangat terhad.