Bagi sesiapa yang tengah mencari tempat penginapan berhampiran USM, Kubang Kerian, boleh ke Min House Camp. Nak kata dekat tu tak dekat sangat cuma 2.8 km je untuk ke HUSM dan 2.4 km untuk ke kampus USM.


Min house Camp menyediakan tempat penginapan dan beberapa aktiviti yang boleh dilakukan oleh para pengunjung seperti melihat pelbagai jenis sarang lebah kelulut dan merasa madu lebah kelulut segar dari ladang, berkayak bersama ahli keluarga, melihat kelip-kelip pada waktu malam dan banyak lagi aktiviti lain. Nak list nanti panjang pulak blog ni.
Min House Camp sering menjadi pilihan untuk pesakit yang berada di pantai timur di mana mereka terpaksa berulang alik ke HUSM Kubang Kerian. Kelantan untuk menerima rawatan lanjut. Malah untuk ahli keluarga pesakit yang ditahan di wad HUSM.
Selain itu, ahli keluarga para pelajar yang diterima untuk melanjutkan pelajaran ke USM (Kubang Kerian) juga boleh menginap di Min House Camp. Mesti penat kan memandu berjam-jam untuk ke USM, so apa kata berehat dulu sambil menikmati keindahan alam semula jadi kerana Min House Camp dibina berdasarkan konsep Green Hotel dan aktiviti yang mesra alam malah dianugerahkan ASEAN Green Hotel Standard 2018 � 2020.Bukan kaleng-kaleng MHC ni�.
</p></p>