Haaa ni lah tauke besar Min House Camp. Min ni dia memang peramah, hampir semua orang kampung kenal Min. Femes lagi Min dari penulis. Sob sob. Min House Camp juga merupakan pusat berdaftar untuk Persatuan Syndrome Down Negeri Kelantan, jadinya sekali sekala mereka akan buat aktiviti di sini. Jangan main-main tau, Min ni pandai berenang, berkayak, cari lokan, buat kuih onde-onde, memanah dan juga mengutip kayak yang hanyut. Haaa.. Jangan pandangku sebelah mata~~ bak kata Anita Sarawak. Min juga suka berbasikal, hari-hari akan berbasikal pusing kampung. Fit Min ni siap pernah ikut berbasikal 28 Km tak silap. Kalau penulis, berbasikal 28 KM ganti dengan cheat day seminggu, terdampar 3 hari atas katil. Jom kita tengok Min beraksi.